awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia optimistik negara di landasan tepat - Ipsos
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas ADUN Banting, Lau Weng San dilantik Speaker DUN Selangor

Fareez Azman
Fareez Azman
19/09/2023
05:18 MYT
Bekas ADUN Banting, Lau Weng San dilantik Speaker DUN Selangor
Weng San mengangkat sumpah jawatan itu di hadapan Setiausaha Bahagian DUN Selangor, J. Gayathri pada mesyuarat pertama penggal ke-15 DUN Selangor. - Gambar/ Sinar Harian
SHAH ALAM: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Banting, Lau Weng San mengangkat sumpah sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor bagi penggal ke-15 pada Selasa.
Weng San mengangkat sumpah jawatan itu di hadapan Setiausaha Bahagian DUN Selangor, J. Gayathri pada mesyuarat pertama penggal ke-15 DUN Selangor.
Weng San yang juga Setiausaha Organisasi DAP Selangor itu memperolehi 34 undi berbanding Timbalan Pesuruhjaya Pas III, Prof Madya Mohd Fuad Mohd Salleh yang hanya memperolehi 22 undi.
Sementara itu, ADUN Bukit Antarabangsa daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd Kamri Kamaruddin dilantik sebagai Timbalan Speaker pada mesyuarat pertama DUN itu.
Mesyuarat kemudiannya diteruskan dengan upacara angkat sumpah dan menandatangani surat sumpah setia kesemua 56 ADUN, dimulai dengan ADUN Sungai Tua yang juga Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.
Ia kemudiannya disusuli 11 Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Selangor, antaranya ADUN Kota Anggerik, Mohd Najwan Halimi, ADUN Seri Setia, Dr Mohammad Fahmi Ngah, ADUN Bandar Utama, Jamaliah Jamaluddin.
ADUN Sungai Tawar, Datuk Rizam Ismail, ADUN Banting V Papparaidu, ADUN Taman Templer, ADUN Kinrara Ng Sze Han dan ADUN Pandan Indah, Izham Hashim.
Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor sebelum ini, Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) memenangi 34 kerusi DUN membolehkan pembentukan kerajaan negeri berbanding Perikatan Nasional (PN) yang hanya meraih 22 kerusi DUN.
Topic Berkaitan
#Speaker DUN
#Selangor
#PRN Selangor
#Lau Weng San
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan