awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas calon Bebas PRU15, Cleopatra sertai Pas

Sinar Harian
Sinar Harian
31/05/2025
23:20 MYT
Bekas calon Bebas PRU15, Cleopatra sertai Pas
Cleopatra (kanan) ketika menyerahkan borang keahlian Pas di Pejabat Dewan Muslimat Pas Pusat, 31 Mei 2025. - Foto Sinar Harian
SHAH ALAM: Nur Fathiah Syazwana Shaharuddin, atau lebih dikenali sebagai Cleopatra, yang sebelum ini bertanding sebagai calon Bebas di Parlimen Batu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), telah menyerahkan borang permohonan keahlian untuk menyertai Pas.
Menurut Dewan Muslimat Pas Malaysia (DMPM), Cleopatra menyatakan bahawa keputusannya menyertai Pas adalah demi masa depan anak-anaknya.
“Cleopatra yang juga merupakan seorang ibu tunggal, sebelum ini pernah menyuarakan hasrat untuk mengenali Pas dengan lebih dekat serta menyatakan kesediaan mengikuti tarbiah parti tersebut.
“Selain dikenali sebagai seorang aktivis aktif dalam kerja-kerja amal dan pengasas NGO Hetero Action Women Alliance (HAWA) yang memperjuangkan hak wanita dan masyarakat, Cleopatra juga memainkan peranan sebagai seorang pempengaruh media sosial.
“Peranannya sebagai pempengaruh menjadikannya suara penting dalam memperjuangkan isu-isu sosial dan pembangunan komuniti,” menurut kenyataan yang dimuat naik di Facebook rasmi DMPM, semalam.
Sementara itu, Ketua Dewan Muslimat Pas Pusat, Nuridah Mohd Salleh berkata, pihaknya amat mengalu-alukan penyertaan Cleopatra serta seluruh wanita Malaysia sebagai ahli keluarga besar Pas.
Ujarnya, Dewan Muslimat Pas sentiasa konsisten mengambil cakna terhadap kebajikan golongan yang memerlukan seperti golongan miskin, orang kurang upaya (OKU), warga emas, ibu tunggal dan anak yatim.
“Penyertaan Cleopatra ke dalam Pas dilihat sebagai satu langkah strategik dalam memperkukuh peranan politik wanita di Malaysia serta memperjuangkan kesejahteraan masyarakat,” katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Nur Fathiah Syazwana Shaharuddin
#Cleopatra
#PAS
#borang keahlian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami