awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas MB Perak Ahmad Faizal sahkan tidak akan dilantik ke jawatan Kabinet

Astro Awani
Astro Awani
12/12/2020
03:45 MYT
Bekas MB Perak Ahmad Faizal sahkan tidak akan dilantik ke jawatan Kabinet
Ahmad Faizal mengesahkan bahawa beliau tidak akan dilantik ke jawatan Kabinet. -Gambar fail
IPOH:Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengesahkan beliau tidak akan dilantik ke jawatan Kabinet.
Ditanya sama ada beliau mempunyai jawatan di peringkat pusat, bekas Menteri Besar Perak itu menafikannya dan memaklumkan akan lebih menumpukan kepada tanggungjawab sedia ada.
"Tidak ada (jawatan peringkat Kabinet), sekarang ini jawatan saya adalah Ahli Parlimen Tambun dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderiang.
"Itu pun sudah cukup banyak tugas dan tidak cukup masa, kita hendak buat banyak perkara lain.. jadi, 'I will focus on that' (saya akan tumpu di situ)," katanya sepertimana dilaporkan portal Berita Harian.
Ahmad Faizal ditemui pemberita di program 'Hijaukan Bumi Kita' anjuran Lion Club of Silver State di Padang Housing Trust, di sini, hari ini.
Ahmad Faizal gagal memperoleh sokongan dalam usul keyakinan ahli Dewan terhadap jawatan Menteri Besar dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.
Jawatan itu kini disandang ADUN Kota Tampan Datuk Saarani Mohamad setelah mendapat perkenan Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.
Susulan itu, wujud khabar angin yang menyatakan Ahmad Faizal akan diberi jawatan dalam Kabinet sebagai timbal balas terhadap apa yang berlaku di negeri ini.
BACA: "Jumpa di Seri Satria nanti" - Faizal Azumu bakal jadi TPM?
BACA: Ahmad Faizal Azumu menuju Putrajaya?
Topic Berkaitan
#Menteri Besar Perak
#Ahmad Faizal Azumu
#Saarani Mohamad
#letak jawatan
#gagal memperoleh sokongan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan