KOTA KINABALU: Pengumuman oleh Perdana Menteri untuk menaik taraf 400 buah klinik daif dan 380 buah sekolah daif seluruh negara mendapat sambutan cukup positif.
Ahli Parlimen Pensiangan, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, sokongan penuh diberikan terhadap langkah kerajaan yang meletakkan keutamaan Belanjawan 2023 kepada aspek pendidikan yang mendapat peruntukan paling besar, iaitu sebanyak RM55 bilion dan diikuti oleh kesihatan sebanyak RM36 bilion.
Jelasnya, ia mengharapkan agar Sabah khususnya kawasan pedalaman diberi keutamaan.
"Justeru saya berharap agar Sabah khususnya kawasan pedalaman seperti Parlimen Pensiangan akan diberi keutamaan dan dipercepatkan pelaksanaannya untuk menyelesaikan masalah kemudahan kesihatan dan pendidikan yang dalam keadaan daif," katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.
Dalam pada itu, Arthur yang juga Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, ia menyokong segala inisiatif Belanjawan 2023, terutama dalam usaha membantu mengurangkan beban kos sara hidup dan meningkatkan pendapatan rakyat khusus golongan B40.
"Inisiatif-inisiatif seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang ditambah baik, kredit e-Tunai Belia Rahmah berjumlah RM200 dan Jualan Rahmah akan dapat membantu meringankan beban yang ditanggung golongan B40 terutamanya di kawasan pedalaman.
"Sehubungan itu, saya menyokong sasaran yang ditetapkan oleh YAB Perdana Menteri untuk menoktahkan miskin tegar.
"Negeri Sabah mempunyai jumlah isi rumah yang berstatus miskin tegar yang agak besar dan saya mengharapkan agar Sabah diberi keutamaan dalam pelaksanaan usaha ini melalui program yang dijenamakan semula sebagai Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR)," jelasnya.
Selain itu, peruntukan RM1 bilion untuk membangunkan kawasan bersempadanan seperti Kalimantan, Indonesia termasuk Pensiangan akan memberi limpahan ekonomi hasil daripada pemindahan ibu kota Indonesia ke Kalimantan.
Tambah Arthur, peruntukan RM50 juta bagi tujuan baik pulih rumah ibadat bukan Islam di seluruh negara adalah sejajar dengan semangat Malaysia Madani sekali gus memberi manfaat melimpah kepada semua agama dan kaum di negara ini.
Mirlen Axtius
Sat Feb 25 2023
Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, sokongan penuh diberikan terhadap langkah kerajaan yang meletakkan keutamaan Belanjawan 2023 kepada aspek pendidikan yang mendapat peruntukan paling besar. - Astro AWANI
MITI galak syarikat tempatan jalin kerjasama pelaburan dengan Arab Saudi
Arab Saudi juga mempelawa syarikat Malaysia untuk melabur di negara itu bagi membolehkan peningkatan perdagangan dan pelaburan dua hala.
PRK KKB: Masyarakat India dinasihat pilih calon mampu jamin kesejahteraan
Komuniti India harus tidak mudah terperdaya dengan hasutan pihak tertentu yang meminta mereka memboikot PRK berkenaan.
Jangan guna lagu artis Iban tanpa kebenaran - Parisa
Persatuan Artis Iban Sarawak (Parisa) menggesa mana-mana pihak supaya tidak menggunakan lagu hasil karya atau nyanyian artis-artis Iban sesuka hati.
Columbia University batalkan konvokesyen berikutan demonstrasi pro-Palestin yang berterusan
Pihak universiti berkata ia -akan meninggalkan majlis konvokesyen utama pada 15 Mei- dan sebaliknya menganjurkan beberapa siri kecil majlis.
Pihak berkuasa Palestin minta AS campur tangan halang Israel serang Rafah
Tentera Israel keluarkan arahan kepada warga Palestin di kawasan kejiranan timur Rafah supaya segera berpindah dan bergerak ke selatan Gaza.
Peluang trio pecut wanita ke Olimpik masih samar - PKBM
Peluang trio pecut wanita negara yang berada di kedudukan pertama senarai menunggu untuk beraksi pada Sukan Olimpik Paris 2024 masih samar.
Kaji semula tanah pertanian di Malaysia bagi tingkatkan sektor makanan - Pakar ekonomi
Mohd Afzanizam berkata, pertanian vertikal membantu meminimumkan penggunaan tanah dan membolehkan penanaman dengan lebih mampan.
Festival Hari Muzium Antarabangsa 2024 di Pulau Pinang dijangka terima 200,000 pengunjung
Festival Hari Muzium Antarabangsa 2024 akan berlangsung di Dewan Sri Pinang, Padang Kota, Pulau Pinang dari 13 hingga 22 Mei ini.
UPNM akan tawar latihan berkaitan bidang rel buat veteran, bakal pesara tentera
Veteran dan bakal pesara tentera akan berpeluang menyambung kerjaya dalam bidang rel melibatkan sektor komunikasi dan keselamatan.
Malaysia berupaya sertai pasaran koko global - Johari
Johari berkata Malaysia adalah di antara pemain koko utama dunia terutamanya di peringkat pertengahan dan hiliran.
1.4 juta ahli KWSP terima RM500 one-off caruman tambahan
Insentif RM500 diperuntukkan kepada individu yang mempunyai simpanan KWSP RM10,000 dan ke bawah dalam Akaun 1 mereka setakat 24 Februari 2023.
AP kenderaan CBU masih lagi relevan - Tengku Zafrul
Pemansuhan AP boleh mendorong pengimportan atau lambakan kenderaan CBU yang tidak mematuhi piawaian teknikal dan membahayakan pengguna.
Kerajaan peruntuk RM90 juta kepada Risda, Felcra, galak pekebun kecil optimumkan penggunaan tanah
Anwar Ibrahim berkata skop galakan cukai automasi juga akan diperluas untuk meliputi sektor komoditi di bawah Kementerian Perladangan dan Komoditi.
Skim pencen 'bom jangka' kewangan negara - Khairy
Pelaksanaan skim pencen seperti diamalkan bagi sektor perkhidmatan awam boleh menjadi bom jangka kepada kewangan negara, menurut Khairy Jamaluddin.
[KOLUMNIS] Kerajaan nekad noktahkan miskin tegar, bukan 'tanam tebu di bibir'
KEMISKINAN tegar yang sudah lama berakar di negara ini harus dinoktahkan pada tahun ini juga.
[KOLUMNIS] Beri masa kestabilan politik Madani selesai masalah negara
Suhu politik seakan-akan tidak menunjukkan sebarang tanda akan reda untuk tempoh sekurang-kurang sehingga berakhir penggal Parlimen ke-15.
Kerajaan mampu laksana inisiatif Ekonomi MADANI - Ahmad Maslan
Kementerian turut digalakkan supaya menggunakan keseluruhan sumber yang diperuntukkan bagi melaksanakan inisiatif di bawah Ekonomi MADANI.
Sejumlah RM471 juta bantuan IPG diagihkan kepada 217,090 pekebun kecil - LGM
IPG telah dilaksanakan sejak 2015 bertujuan bagi mengurangkan beban pekebun kecil ketika harga getah di pasaran rendah.
Pelaksanaan Ekonomi Madani tidak libatkan tambahan perbelanjaan - Rafizi
Beliau berkata kerajaan akan berbelanja mengikut peruntukan yang diluluskan oleh Parlimen serta berdasarkan perbelanjaan yang ditetapkan dalam belanjawan tahun ini.
Kuarters usang di IPD Gerik, Kampar dan Ipoh akan ditambah baik - Ketua Polis Perak
Penyelenggaraan fasiliti lain seperti lif turut akan diberikan perhatian sewajarnya bagi kemudahan anggota dan keluarga mereka.