awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bersatu akan perjuang Agenda Bumiputera baharu - Muhyiddin

Arfa Yunus, Wan Syamsul Amly, Rahimah Abdullah, Hilal Azmi
Arfa Yunus, Wan Syamsul Amly, Rahimah Abdullah, Hilal Azmi
28/12/2018
13:29 MYT
Bersatu akan perjuang Agenda Bumiputera baharu - Muhyiddin
MUHYIDDIN: Agenda Bumiputera yang baharu ini akan berasaskan konsep perkongsian kemakmuran bersama yang saksama atau equitable shared prosperity. -Bernama
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan memperjuangkan dasar Agenda Bumiputera baharu yang benar-benar dapat memajukan orang Melayu dan Bumiputera seluruhnya.
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ia akan dicadangkan kepada Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) agar dijadikan Dasar Teras PH.
Jelasnya, ia seterusnya diharap diterima oleh Kabinet untuk dilaksanakan sebagai satu Agenda Nasional.
"Agenda Bumiputera yang baharu ini akan berasaskan konsep perkongsian kemakmuran bersama yang saksama atau equitable shared prosperity.
"Menerusi kerangka baharu ini, semua rakyat akan dapat menikmati kemakmuran negara secara bersama di mana tidak ada mana-mana kumpulan rakyat yang ketinggalan.
"Kejayaan ekonomi tidak lagi akan diukur berasaskan kadar pertumbuhan ekonomi semata-mata, tetapi yang lebih penting ialah peningkatan kuasa beli rakyat secara menyeluruh dan penghapusan jurang pendapatan antara kaum, kelas dan wilayah," katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Perasmian Persidangan Tahunan Srikandi dan Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Jumaat.
Jelasnya, tumpuan dasar baharu itu ialah untuk mewujudkan kesamaan hasil (equal outcome) dan bukannya menyediakan kesamaan peluang (equal opportunities) semata-mata.
Tambahnya, kesamaan peluang yang tidak membuahkan kesamaan hasil bukanlah satu dasar yang adil.
"Justeru, jika tumpuan hanya diberikan kepada menyediakan kesamaan peluang dan bukannya kesamaan hasil, lama-kelamaan jurang kekayaan antara saudara dan rakan saudara akan terus melebar," katanya.
Tegas Muhyiddin, agenda bumiputera itu tidak seharusnya tertumpu kepada usaha menangani kemiskinan relatif semata-mata.
"Tetapi lebih daripada itu dapat membangunkan kumpulan profesional dan kelas menengah Bumiputera, serta melahirkan kumpulan korporat dan peniaga Bumiputera yang tulen, kompetitif dan mampu bersaing di peringkat antarabangsa.
"Ini bakal mewujudkan satu generasi kelas perniagaan dan perindustrian Bumiputera yang mampu menjana kekayaan baharu, mewujudkan nilai tambah dan mencipta lebih banyak peluang pekerjaan berpendapatan tinggi di negara ini," katanya.
Topic Berkaitan
#Agenda Bumiputera
#ARMADA
#Bersatu
#Bumiputera
#Dasar Teras PH
#Malaysia Baharu
#Muhyiddin Yassin
#perindustrian
#perniagaan
#PPBM
#Srikandi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan