Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) dijangka memuktamadkan senarai pencalonan pemilihan parti peringkat bahagian minggu depan sebelum senarai rasmi dicetak untuk diedarkan kepada petugas di peringkat negeri dan bahagian.
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Bersatu, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebanyak 11,100 borang pencalonan diterima bagi merebut 7,371 jawatan di 189 bahagian ketika pendaftaran pencalonan dibuka pada 26 Jan lepas.
"Proses pengurusan senarai calon telah dibuat dengan teliti dengan mengadakan saringan pemilihan mengambil kira maklumat keahlian yang dibekalkan ibu pejabat Bersatu termasuk faktor kelayakan calon, status keahlian dan insolvensi.
"Syarat lain untuk bertanding adalah sekurang-kurang telah menjadi ahli selama 12 bulan atau lebih atau memegang sebarang jawatan di peringkat di bahagian atau sayap bahagian," katanya kepada Bernama selepas mempengerusikan mesyuarat khas JPP di ibu pejabat Bersatu di sini.
Mesyuarat turut dihadiri Setiausaha JPP Bersatu Datuk Seri Zulkifli Alwi serta tiga ahli jawatankuasa (AJK) iaitu Datuk Mohamed Radzi Manan, Datuk Rozlan Zahari dan Amran Abdul Jalil.
Syed Hamid berkata pemilihan Bersatu menggunakan sistem satu ahli satu undi di mana ahli-ahli yang layak akan mengundi bagi memilih pimpinan di peringkat cawangan dan bahagian.
Mengulas lanjut, beliau berkata mesyuarat khas pada Jumaat turut merumuskan bahawa persiapan pemilihan peringkat cawangan dan bahagian lancar serta terkawal.
Katanya mesyuarat lebih tiga jam itu bertujuan meneliti lebih 300 aduan berkaitan pemilihan jawatan di peringkat bahagian.
"Kita meneliti satu persatu aduan yang diterima dari setiap negeri dan bahagian. Antara aduan yang diterima adalah berkaitan disiplin, status keahlian dan kekurangan dokumen.
"Kami adalah AJK yang tidak ada kepentingan dan saya harap tidak ada bantahan daripada mana-mana pihak. Kami hanya mahu pastikan pemilihan parti lancar," katanya.
Mengenai tahap persediaan, Syed Hamid berkata dengan dibantu sekretariat ibu pejabat Bersatu, segala peralatan seperti senarai calon, panduan mengundi, petak mengundi dan kertas undi telah dihantar ke cawangan dan bahagian sebelum proses pemilihan bermula.
Jelasnya lagi, persidangan peringkat cawangan Bersatu dijadualkan pada 15 Feb hingga 29 Mac, disusuli persidangan peringkat bahagian pada 18 April. Perhimpunan Agung Bersatu pula ditetapkan dari 25 hingga 28 Jun.
"Penamaan calon bagi jawatan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu ditetapkan pada 16 Mac ini bermula 10 pagi hingga 3 petang di ibu pejabat Bersatu. Pemilihan MPT akan dibuat pada 18 April semasa persidangan peringkat bahagian yang diadakan serentak seluruh negara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 07 2020
SYED HAMID: Proses pengurusan senarai calon telah dibuat dengan teliti dengan mengadakan saringan pemilihan mengambil kira maklumat keahlian yang dibekalkan ibu pejabat. - Gambar fail
Apple dilapor kurangkan pengeluaran Vision Pro susulan permintaan rendah
Walaupun jualan pada awalnya amat memberangsangkan, momentum tidak berterusan kerana unit awal hanya dibeli oleh peminat paling tegar Apple.
Nahas dua kenderaan punca insiden kecoh semasa pengebumian pegawai TLDM - Polis
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 7.45 malam selepas pemandu kereta terlanggar sebuah motosikal berhampiran dengan masjid.
KL20: MYStartup platform boosts Malaysia’s startup ecosystem
KL20: Shariah-compliant startup revolution
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Isu penceramah pro-Zionis: 'Keluar! Anda tidak dialukan di negara ini!' - Rakyat Malaysia
Pada Rabu, Universiti Malaya (UM) mendapat kecaman kerana membenarkan Gilley menyebarkan propaganda Zionis dalam ceramahnya di universiti.
AWANI Ringkas: Mangsa nahas helikopter dikebumi hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Terengganu mampu tanggung 50 peratus hutang PTPTN rakyat
Perkara itu boleh dilaksanakan sebagaimana dilakukan kerajaan Sarawak bagi memberi suntikan dan galakan kepada golongan pelajar.
Buruh ladang warga Indonesia maut dipanah petir
Mangsa dikenali sebagai Kamarudin,40, berasal dari Montong Berore, Mataram, Lombok disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
OpenAcademy: How microlearning transforms Malaysia's work landscape?
OpenAcademy, a Malaysian ed-tech startup, directly addresses the critical need for workforce upskilling in Malaysia. Their user-friendly mobile platform delivers microlearning modules focused on practical, industry-relevant digital skills. This empowers Malaysians at all career stages to enhance their skill sets and remain competitive in the evolving digital landscape.
Sokong PM: Bersatu ambil tindakan terhadap 7 wakil rakyat selepas Aidilfitri
Perkara dilakukan mereka bertentangan dengan dasar dan perlembagaan parti yang memungkinkan kerusi mereka dikosongkan.
Kes rasuah, pengubahan wang haram Adam Radlan: Bekas pengurusan JPM, MoF akan dipanggil
Bekas pengurusan tertinggi JPM dan MoF adalah antara 47 saksi pendakwaan yang akan dipanggil memberi keterangan dalam perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram Adam Radlan.
Lebih ramai pemimpin, pengasas Bersatu dijangka sertai PKR - Muhammad Faiz
Bekas Ahli MPT Bersatu Dr Muhammad Faiz Na'aman menjangka lebih ramai pemimpin dan pengasas parti itu di semua peringkat akan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Cabar kosongkan kerusi sebab bimbang ada 'tangan ghaib'- Muhyiddin
Tindakan mencabar Kerajaan Perpaduan mengisytihar enam kerusi Parlimen dan satu DUN dikosongkan dibuat kerana bimbang wujud 'tangan ghaib'.
'Ramai sudah mula hilang keyakinan kepada Bersatu' - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata semakin ramai orang sudah hilang keyakinan kepada pembangkang terutama Bersatu.
Tiada ADUN lain akan ikut jejak Abdul Rashid
Menurutnya, tindakan ADUN Selat Klang itu juga tidak dipersetujui oleh wakil rakyat lain kerana dianggap membelot kepada pengundi.
Bersatu akan berdepan krisis perlembagaan parti - Puad
Ia susulan tindakan ADUN Selat Klang isytihar sokongan kepada MB ketika parti itu baru meluluskan pindaan perlembagaan.
PRK: Pas sedia tanding kerusi Jeli, Gua Musang
Difahamkan tindakan itu susulan Bersatu membuat pindaan perlembagaan parti itu pada Sabtu.
Pindaan perlembagaan akan beri kesan kepada enam MP Bersatu – Muhyiddin
Pindaan perlembagaan Bersatu akan memberi kesan kepada kedudukan enam Ahli Parlimen yang menyokong Perdana Menteri.
Jana Wibawa: 47 saksi akan beri keterangan terhadap Adam Radlan
Saksi-saksi ini akan memberi keterangan berdasarkan pernyataan saksi dan dokumentasi bagi semua kes terbabit telah pun diserahkan kepada pihak pembelaan.