Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata sama ada beliau bertanding atau tidak pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 hanya akan diketahui pada hari penamaan calon.
"Masanya akan tiba untuk mengetahui sama ada saya bertanding atau tidak. Tunggu sehingga hari penamaan calon," kata Timbalan Ketua Menteri Sabah itu ketika ditanya pemberita mengenai perkara tersebut, hari ini.
Beliau yang sebelum itu mewakili Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman merasmikan Persidangan Kebangsaan Koridor Ekonomi: Prospek dan Cabaran, di sini turut menegaskan siapa sahaja bebas untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tambunan yang disandangnya sekarang.
"Semua pun bebas mahu berdiri (bertanding), saya dengar banyak mahu berdiri (bertanding) di sana (Tambunan)," katanya.
Mengulas spekulasi adiknya Datuk Dr Jeffrey Kitingan yang juga Presiden Parti Solidariti Tanah Airku yang mahu bertanding di DUN itu jika Pairin mengundur diri, beliau berkata hal tersebut tidak ada kaitan dengan dirinya.
"Itu bukan hal saya... sama ada saya bertanding atau tidak, mereka di sebelah sana (pembangkang) mahu juga (akan tetap) pergi bertanding," katanya.
Selain DUN Tambunan, Pairin juga menyandang kerusi Parlimen Keningau.
Pairin sebelum ini menyatakan hasrat 99 peratus tidak bertanding pada PRU ke-14 namun akan menggunakan baki satu peratus lagi untuk mendengar pandangan barisan kepimpinan parti.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 29 2018
Presiden Parti Bersatu Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata sama ada beliau bertanding atau tidak pada pilihan raya umum ke-14. - Gambar fail
Thailand-Brunei perkukuh kerjasama sempena ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-40 dalam hubungan diplomatik pada tahun ini, Thailand dan Brunei berharap dapat mengukuhkan lagi kerjasama dua hala dan meningkatkan kerjasama ekonomi.
Rangka manusia dijumpai di Gemas
Satu rangka manusia dijumpai di ladang kelapa sawit Felda Sungai Kelamah, Gemas, Tampin pada 2.10 petang hari ini.
Putera Mahkota Arab Saudi berhasrat adakan lawatan rasmi ke Malaysia akhir tahun ini - PM
Hasrat itu dizahirkan semasa dialog khas Putera Mahkota Arab Saudi itu bersama beberapa pemimpin negara lain di luar Mesyuarat Khas WEF 2024 pada Ahad.
10 Berita Pilihan - (29 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Selasa - 30 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
SC, IsDB jalin bersama majukan pasaran modal Islam dan kewangan sosial
SC hari ini memeterai MoU dengan IsDB, sekali gus membuka ruang kerjasama lebih erat dalam ICM dan meluaskan jangkauan teknologi kewangan (fintech) dan kewangan sosial Islam, terutama wakaf.
Hamidin sedia terima kritikan, terbuka dicabar
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin tidak terkecil hati dan sedia menerima kritikan mana-mana pihak termasuk bekas Timbalan Presiden FAM Khairy Jamaluddin.
Bekas penjawat awam ditahan kes tipu tanah rizab Melayu
Penipuan itu menyebabkan pemecahan lot Tanah Rizab Melayu melibatkan kawasan seluas kira-kira 649.2 hektar.
Perintah bela diri Bung Moktar, isteri bercanggah dengan keterangan di mahkamah
Dua saksi penting pendakwaan telah dengan jelas menyatakan bahawa tiada unsur suapan wujud dalam kes itu.
Kerajaan komited pastikan pelaburan LTAT hasilkan pulangan konsisten - Mohamed Khaled
Kerajaan komited untuk memastikan pelaburan yang dibuat oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dalam syarikat domestik dan antarabangsa menghasilkan pulangan yang konsisten dan kukuh.
Penerbangan bawa balik jenazah mendiang Joseph Kurup dibatalkan
Jenazah mendiang sepatutnya dibawa melalui penerbangan komersial dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu untuk upacara penghormatan terakhir.
Bomba Sabah padam lebih 3,900 hektar kebakaran terbuka
JBPM Sabah berjaya memadamkan kebakaran terbuka melibatkan luas kawasan lebih 3,900 hektar antara 1 Jan lepas hingga semalam.
Pelancong warga China lemas di Pulau Sapi
Seorang pelancong lelaki warganegara China meninggal dunia selepas dipercayai lemas di Pulau Sapi, semalam.
Gangguan bekalan air selama 10 hari di Kota Kinabalu, Penampang
Pengurangan pengeluaran air terawat itu berikutan kerja penggantian Filter Media No 3 di loji berkenaan.
Dua cedera terjatuh dari permainan fun fair
Dua video kejadian itu turut tular melalui aplikasi WhatsApp mengatakan mangsa jatuh dari permainan 'sotong.'
Pelajar merokok dalam tandas: Bapa mengaku tidak bersalah ugut guru
Lelaki yang bertindak mengugut seorang guru selepas anaknya tertangkap merokok di dalam sekolah mengaku tidak bersalah pada Jumaat.
Ella bawa kembali era rock 90-an, pukau 5,000 penonton di Sabah
Konsert 'Jilid Akhir: Ella Puteri Kota' di Kota Kinabalu berjaya membawa semula memori era rock tahun 90-an sebahagian besar penonton.
Dua beradik rentung dalam kebakaran di Manggatal
Dua beradik ditemukan rentung dalam kebakaran membabitkan enam rumah di Kampung Pulutan, Menggatal di Kota Kinabalu pada Khamis.
Agong titah Hakim Syarie Sabah agar selesaikan masalah umat Islam dengan adil, secepat mungkin
Yang di-Pertuan Agong bertitah agar Hakim Syarie di Sabah dapat menyelesaikan masalah umat Islam dengan seadil dan sebaiknya.
Wanita maut nahas babit tujuh kenderaan
Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, mangsa maut di lokasi selepas tersepit dalam kenderaannya yang terperosok di bawah lori.