Bekas Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar hari ini menggesa pimpinan PAS untuk memberi tumpuan dan mengawal pengundi terasnya iaitu Melayu Islam agar tidak hilang sokongan mereka pada Pilihan Raya Umum ke-14 di samping berusaha memulihkan kepercayaan pengundi bukan Melayu Islam khususnya pengundi Cina.
Menurut Mahfuz, ekoran krisis dalaman Pakatan Rakyat (PR) pimpinan PAS dilihat seolah-olah berdiam diri dan tidak melakukan apa-apa.
“Sehingga sekarang saya masih belum nampak sesuatu telah dilakukan. Malah apa yang saya lihat ialah beberapa tindakan dan kenyataan yang dibuat oleh pimpinan PAS bakal mengundang kemerosotan sokongan pengundi Islam Melayu itu sendiri.
“Respon PAS terhadap Gerakan Harapan Baru (GHB) membayangkan kerisauan, kebimbangan dan ketakutan PAS terhadap kemunculan gerakan tersebut.
“Kenyataan-kenyataan PAS yang mengecam GHB dan pimpinannya akan membuka ruang untuk ahli PAS memberikan respon yang baik terhadap GHB.
“Ini akan menyebabkan berlakunya kemerosotan sokongan pengundi Melayu Islam khususnya dari kalangan pimpinan dan ahli PAS daripada pelbagai peringkat,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Menurut Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena, jika dilihat dari sudut kekuatan PAS sebagai Gerakan Islam, parti tersebut boleh merasakan 'syok sendiri' kerana tiada siapa lagi yang dianggap sebagai musuh dalam selimut PAS.
“Namun, dari sudut pilihan raya, PAS memerlukan sokongan dan undi daripada semua orang sama ada Islam atau pun bukan Islam,” katanya.
Bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu sebelum ini mengumumkan penubuhan GHB yang terdiri daripada pemimpin kanan PAS yang gagal dalam pemilihan parti bulan lepas.
GHB, juga telah mengemukakan permohonan pendaftaran sebagai sebuah parti politik, dilihat sebagai pengganti PAS dalam gabungan pembangkang Pakatan Rakyat sekarang selepas DAP dan PAS putus hubungan.
Rakan kongsi ketiga dalam Pakatan Rakyat ialah PKR.
BACA: GHB serah memorandum mohon Siasatan Diraja dalam isu 1MDB
BACA: Bai'ah PAS: Cerai isteri talak tiga jika sertai GHB - Abdul Fatah
BACA: GHB bukan parti serpihan PAS - Asmuni Awi
T K Letchumy Tamboo
Sat Jul 25 2015
Datuk Mahfuz Omar menggesa pimpinan PAS untuk menumpu pada pengundi Melayu Islam dan pulihkan kepercayaan pengundi Cina untuk menang dalam PRU ke 14.
SPRM setuju lanjut tempoh isytihar harta anak Tun M - Azam Baki
SPRM membenarkan tempoh lanjutan pengisytiharan harta dua anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
2 maut nahas pesawat di Ecuador, kemalangan udara ke-4 dalam tempoh 2 bulan
Dua orang terbunuh dan seorang cedera pada Selasa apabila pesawat kecil mereka terhempas di Santa Rosa, wilayah pantai selatan El Oro, Ecuador, kata Direktorat Jeneral Penerbangan Awam.
Ahmad Zahid mulakan lawatan rasmi ke Beijing
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memulakan lawatan rasmi beliau di Beijing pagi ini dengan menghadiri mesyuarat pre-council.
MIDF jangka inflasi naik sedikit pada tahun ini
Inflasi Indeks Harga Pengeluar (IHPR) yang meningkat sebanyak 1.9 peratus tahun ke tahun pada April 2024 menunjukkan tekanan kos yang lebih tinggi untuk perniagaan tempatan, menurut MIDF Research.
Kru Shenzhou-18 jayakan misi EVA kali pertama
Kru kapal angkasa lepas Shenzhou-18 berjaya menyelesaikan aktiviti luar kenderaan (EVA) kali pertama pada Selasa, menurut Agensi Angkasa Bermanusia China (CMSA).
Empat lelaki ditahan disyaki ceroboh Pusat Hidrografi Nasional
Empat lelaki warga asing ditahan kerana disyaki menceroboh kawasan pintu utama Pusat Hidrografi Nasional (PHN) di Pulau Indah, Klang dekat sini pada Ahad lepas.
Pesawat tentera AS terhempas
Sebuah pesawat tentera Amerika Syarikat terhempas berhampiran Albuquerque Sunport pada Selasa.
Pesawah hadapi 10 tuduhan rogol, liwat anak jiran
Seorang pesawah didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth atas 10 pertuduhan melakukan persetubuhan luar tabii dan merogol seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang juga anak jirannya, bulan ini.
Pulau Pinang mohon kaji semula sistem pengagihan cukai kepada negeri
Pulau Pinang memohon Kerajaan Persekutuan mengkaji semula sistem pengagihan cukai kepada negeri dengan mengembalikan 20 peratus daripada wang cukai yang dikutip daripada negeri berkenaan.
Kes saman Muhyiddin Yassin terhadap Puad Zarkashi selesai secara baik
Kes saman fitnah difailkan Muhyiddin terhadap Puad Zarkashi berhubung diselesaikan secara baik di Mahkamah Tinggi hari ini.
Bertindak sebelum PAS hilang sokongan pengundi Melayu dan Cina - Mahfuz
Datuk Mahfuz Omar menggesa pimpinan PAS untuk memberi fokus kepada pengundi Melayu Islam dan pulihkan kepercayaan pengundi Cina untuk menang dalam PRU yang ke-14.