GEORGE TOWN: Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang sudah menyerahkan senarai nama calon kepada pucuk pimpinan pusat bagi 13 kerusi Parlimen di negeri itu dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Pengerusi BN negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir.
Beliau berkata BN negeri turut menghantar senarai calon bagi 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kepada pimpinan pusat berikutan cadangan DAP Pulau Pinang supaya DUN Pulau Pinang dibubarkan serentak dengan Parlimen untuk PRU15.
"Kami juga menunggu keputusan kerajaan negeri Pulau Pinang sama ada mahu membubarkan DUN bagi mengadakan pilihan raya serentak dengan Parlimen atau sebaliknya, kalau tidak bubar (DUN) fokus jentera kepada Parlimen sahaja," katanya ketika dihubungi Bernama semalam.
Pada Selasa, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, berkata DAP Pulau Pinang telah mencadangkan supaya DUN Pulau Pinang dibubarkan dan perkara itu akan dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH).
Selain itu, Musa, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, berkata 60 peratus nama calon UMNO yang diserahkan kepada pucuk pimpinan itu merupakan muka baharu.
Pada PRU14, BN Pulau Pinang bertanding di 40 kerusi DUN dan 13 kerusi Parlimen dengan Gerakan di 13 DUN dan empat Parlimen, UMNO (15 DUN, lima Parlimen), MCA (10 DUN, empat Parlimen) manakala MIC di dua DUN.
Pada 23 Jun 2018, Gerakan secara rasmi keluar daripada BN susulan kekalahan gabungan itu dalam PRU14 dan menyertai PN pada Februari tahun lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 12 2022
Musa berkata, 60 peratus nama calon UMNO yang diserahkan kepada pucuk pimpinan itu merupakan muka baharu. - Gambar fail/Bernama
Lelaki ditahan lakukan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan
Polis menahan seorang lelaki tempatan disyaki melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan di sebuah inap desa di Tampin, dekat sini pada Sabtu lepas.
AWANI Ringkas: DVS Selangor buka kertas siasatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Saman fitnah: Mahkamah tolak rayuan bekas Ahli Parlimen Padang Serai
Pada 23 Feb tahun lepas, Mahkamah Tinggi membenarkan saman fitnah pasangan itu terhadap Gobalakrishnan dan memerintahkan beliau membayar ganti rugi sebanyak RM150,000 kepada mereka.
Tinjauan CGTN: 80 peratus responden Perancis sanjung pengaruh China
Nilai dagangan antara China dengan Perancis meningkat lebih 800 kali ganda sejak kedua-dua negara menjalin hubungan diplomatik 60 tahun lalu.
Anwar harap terminal baharu LTSIP jana lebih banyak peluang ekonomi di Kelantan
Anwar Ibrahim berharap terminal baharu Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) fasa satu, yang mula beroperasi semalam, mampu menjana lebih banyak peluang ekonomi di Kelantan.
TH terima lebih 80,000 rayuan haji
Lembaga Tabung Haji (TH) menerima lebih 80,000 rayuan haji bagi musim haji 1445H/2024M setakat hari ini, menurut Pengarah Eksekutif Haji TH Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman.
PRK: Ramanan nasihat calon fokus bertumpu bawa isu tempatan
Calon bertanding pada PRK DUN KKB perlu memberi tumpuan terhadap isu-isu yang dihadapi masyarakat tempatan berbanding membincangkan hal-hal bersifat nasional dalam siri kempen mereka.
Terengganu rekod lima kes strok haba, kelesuan haba
Sebanyak tiga kes strok haba dan dua kes kelesuan haba dilaporkan berlaku di Terengganu setakat bulan lepas.
Panasonic Beauty perkenal pengering rambut berteknologi nano, EH-NA0J
Teknologi unik nanoe MOISTURE dan Mineral memberi 18 kali lebih kelembapan sambil mengeringkan untuk rambut lebih terurus dan bersinar.
Angka korban rakyat Palestin di Gaza hampiri 34,600 orang
Angka kematian warga Palestin akibat serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza sejak Oktober lepas telah meningkat kepada 34,596 orang, kata Kementerian Kesihatan di wilayah itu pada Khamis.
Tiada gerakan guling Ahmad Zahid di Pulau Pinang
UMNO Pulau Pinang menafikan ada kalangan ketua bahagian di negeri ini terlibat dalam usaha untuk menggulingkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Kes Zahid: UMNO Pulau Pinang terus sokong Ahmad Zahid
Pendakwaan dikenakan terhadap Ahmad Zahid disifatkan sebagai pendakwaan terpilih dan berharap ia tidak berulang kepada mana-mana pihak lain.
Isteri Pengerusi UMNO Pulau Pinang meninggal dunia
Isteri kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang Datuk Musa Sheikh Fadzir, Datin Maznah Salleh meninggal dunia di sebuah pusat perubatan swasta di Seberang Jaya semalam.
PRN: UMNO Pulau Pinang bakal bertanding enam kerusi DUN
UMNO Pulau Pinang akan bertanding di enam daripada 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang 12 Ogos nanti.
Pemilihan UMNO: Sembilan ketua bahagian di P.Pinang menang tanpa bertanding
Seramai sembilan ketua UMNO bahagian di Pulau Pinang berjaya mempertahankan jawatan masing-masing selepas menang tanpa bertanding dalam pemilihan parti itu bagi sesi 2023 hingga 2026.
PRU15: BN Pulau Pinang umum senarai calon Parlimen Khamis ini
Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang akan mengumumkan calon yang akan mewakili gabungan itu di 13 kerusi Parlimen negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Khamis ini.
PRU15: BN P. Pinang yakin menang lebih daripada dua kerusi Parlimen
Selain akan pertahan kerusi Kepala Batas dan Tasek Gelugor, BN akan berusaha menawan Parlimen Balik Pulau, Permatang Pauh dan Nibong Tebal.
UMNO P. Pinang akur, namun harap kerjasama dengan Pas terus dibincang
Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, situasi harmoni dan hubungan akrab berjaya dibentuk kedua-dua parti itu di Pulau Pinang.
PRU15: BN Pulau Pinang senarai calon muka baharu
BN negeri sudah menyerahkan semua nama calon kepada pucuk pimpinan parti sama ada bagi kerusi Parlimen atau DUN.
BN P.Pinang sudah serah senarai calon Parlimen, DUN kepada pimpinan pusat
Ia menunggu keputusan kerajaan negeri sama ada mahu membubarkan DUN bagi mengadakan pilihan raya serentak dengan Parlimen atau tidak.