KLANG: Barisan Nasional (BN) perlu bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sebagai pembangkang jika UMNO kekal dengan hasrat untuk tidak bekerjasama dengan Bersatu, kata Timbalan Presiden MIC Datuk Seri M. Saravanan.
Beliau berkata ini kerana parti komponen BN termasuk MIC tidak mempunyai sebarang pengalaman menghadapi PRU sebagai blok pembangkang.
"Mungkin kita tidak dibenarkan berkempen di dalam dewan pada PRU nanti. Adakah kita bersedia? Kita perlu kaji semua kemungkinan yang akan kita hadapi sebelum membuat sebarang keputusan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Pergerakan Pemuda, Wanita, Putera dan Puteri MIC Kebangsaan di sini hari ini.
Ditanya mengenai kemungkinan MIC akan meninggalkan BN, Saravanan berkata parti itu akan hanya membuat keputusan selepas mendengar suara perwakilan.
Terserah kepada perwakilan untuk membuat keputusan sama ada bersama dengan pendirian UMNO iaitu putuskan kerjasama dengan Bersatu atau membuat pendirian sendiri pada PRU15, katanya.
Sementara itu, ketika berucap pada konvensyen berkenaan, Saravanan berkata parti politik di negara ini perlu mendengar aspirasi rakyat dan bukan hanya aspirasi akar umbi sesuatu parti.
Ahli Parlimen Tapah itu berkata MIC kalah di kebanyakan kerusi Parlimen pada PRU14 kerana tidak memberi tumpuan terhadap aspirasi rakyat, sebaliknya hanya fokus kepada aspirasi akar umbi parti sendiri.
Konvensyen itu dihadiri 800 perwakilan secara bersemuka dan maya.
Turut hadir Ketua Pemuda BN Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
Sementara itu, Asyraf memberi jaminan BN tidak akan mengabaikan MIC dan parti komponen yang lain pada PRU akan datang.
"Saya mewakili Pemuda BN memberikan jaminan bahawa sesiapa juga calon daripada MIC, kita akan sokong tanpa ragu-ragu. Malaysia milik semua termasuk Cina, India, Melayu, Kadazan dan Dusun," katanya pada konvesyen itu.
Asyraf yang juga Ketua Pemuda UMNO, berkata model BN merangkumi kemajmukan masyarakat berbilang kaum, yang mewujudkan kestabilan negara dan menjamin rakyat hidup dengan harmoni serta hormat menghormati, tanpa mengira agama mahupun kaum.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 02 2021
SARAVANAN: Parti politik di negara ini perlu mendengar aspirasi rakyat dan bukan hanya aspirasi akar umbi sesuatu parti.
Subsidi diesel bersasar: MOF dapatkan pandangan industri logistik mengenai skop, syarat
Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican telah mengadakan perbincangan bersama industri logistik mengenai pelaksanaan program subsidi bersasar bagi diesel pada Jumaat.
Zidane berminat jadi jurulatih Manchester United
Legenda bola sepak Perancis itu dikatakan memantau dengan teliti situasi Erik ten Hag di United walaupun telah mencapai persetujuan dengan Bayern.
Allahyarham Tun Hanif Omar legenda PDRM - Razarudin
Tan Sri Razarudin Hussein menyifatkan Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar sebagai legenda besar dalam bidang kepolisan negara.
Tun Hanif Omar dikebumi di Makam Pahlawan
Jenazah Allahyarham akan dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Negara terlebih dahulu.
'Ayah letak tugas, kerjaya nombor satu' - Anak Tun Hanif
Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar meletakkan kerjaya yang melibatkan keselamatan rakyat serta negara sebagai perkara paling utama ketika hayatnya.
KPN ucap takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar
Razarudin mewakili keluarga Sang Saka Biru mengucapkan takziah kepada keluarga bekas KPN Tun Mohammed Hanif Omar.
Sofia Jane raih anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Secara keseluruhan naskhah arahan Badrul Hisham Ismail itu juga berjaya merangkul Anugerah Most Original Film.
Mesir, rakan usaha dapatkan gencatan senjata di Gaza
Mesir sedang berusaha mendapatkan satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar, kata Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry pada Jumaat.
MediaTek lancar cip Dimensity 6300 dengan teknologi 6nm
Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz.
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Lebih ramai pemimpin, pengasas Bersatu dijangka sertai PKR - Muhammad Faiz
Bekas Ahli MPT Bersatu Dr Muhammad Faiz Na'aman menjangka lebih ramai pemimpin dan pengasas parti itu di semua peringkat akan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Tanah Haram bukan tempat sebar slogan politik - Sheikh Sudais
Sheikh Sudais juga mengingatkan para jemaah untuk tidak membiarkan isu-isu lain menjejaskan tumpuan mereka beribadah.
Thailand di kedudukan ke-63 Indeks Demokrasi EIU 2023
Indeks itu berdasarkan 5 kategori iaitu proses pilihan raya dan pluralisme, kebebasan sivil, fungsi kerajaan, penyertaan politik dan budaya politik.
Penggabungan PDP-PSB ikut undang-undang - Tiong
Tiong King Sing turut menegaskan penggabungan itu juga tidak akan menyebabkan pilihan raya kecil (PRK) di Sarawak.
Tiada perang dingin Muhyiddin, Abdul Hadi - Syed Muhammad Imran
Syed Muhammad Imran turut menafikan hubungan antara Muhyiddin, dengan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin dalam keadaan tidak baik.
Politiking berterusan hanya akan merugikan rakyat dan negara - Hajiji
Hajiji berkata beliau tidak mahu Kerajaan Negeri Sabah diheret dalam permainan tidak bertanggungjawab.
Sikap hormat terhadap prinsip demokrasi dalam kalangan wakil rakyat masih lemah - Penganalisis
Ahli Dewan Rakyat ketika ini tidak mencapai kelas penggubal undang-undang yang setaraf negara demokrasi matang dan maju.
Hajiji tumpu bantu rakyat, tidak mahu buang masa cakap politik
Hajiji sedar ada yang tidak menyukai dan mengkritiknya, namun sebagai Ketua Menteri usaha memajukan Sabah serta membantu rakyat lebih utama.
Pemimpin pembangkang India Rahul Gandhi akan mulakan 'Perjalanan Keadilan' sejauh 6,200km
Badan pembuat keputusan tertinggi parti Indian National Congress mahu Rahul menjelajah negara itu dari timur ke barat.
GPS belum beri 'lampu hijau' untuk ahli PSB sertai PDP
Abang Johari berkata belum ada sebarang mesyuarat gabungan politik itu bagi membincangkan isu ahli PSB menyertai PDP selepas pembubaran PSB.