Barisan Nasional (BN) memerlukan seorang calon yang benar-benar dikenali di Negeri Sembilan untuk memberi tentangan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson.
Penganalisis Politik Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Madya Dr Muhammad Fuad Othman berkata, calon itu juga perlu benar-benar bersih dan sudah lama berbakti di kawasan berkenaan.
Jelasnya, BN juga harus menyedari nama Anwar yang terbukti besar dalam pentas politik negara.
"Calon bagi pihak BN mestilah dari kalangan mereka yang ada kredibiliti dan nama besar di Negeri Sembilan.
"Mungkin pada masa sama juga perlu dilihat rekod baik, yang telah mula bekerja menyumbang bakti kepada rakyat khususnya di kawasan Port Dickson, mempunyai sahsiah dan rekod bersih. Ini semua kriteria yang dilihat rakyat ketika ini.
"Saya nampak kalau dari segi pengalaman pentadbiran, nama yang besar dan pengalaman luas mungkin bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan antara yang sesuai sebab dia mempunyai jenama baik dan menang dalam PRU lepas, sama ada nama beliau cukup hendak melawan nama besar Anwar, kita akan lihat dalam PRK akan datang ini," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
BACA: Pas tidak bertanding di Port Dickson, tetapi akan bantu BN berkempen
BACA: Jangan undi Anwar! - Siti Kasim
Sebelum ini, Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin mencadangkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Linggi, Datuk Abdul Rahman Mohd. Redza sebagai calon menentang Anwar di PRK Port Dickson.
Jelas Khairy, biarpun ramai yang mencadangkan nama Mohamad, namun beliau merasakan adalah lebih baik parti itu diwakili anak tempatan.
Pada Khamis, Exco Pemuda UMNO Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papa Gomo mengakui telah menawarkan diri untuk bertanding pada dalam PRK Port Dickson menentang Anwar.
Wan Muhammad memberitahu, dia telah pun menyerahkan namanya kepada Mohamad yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan.
Dalam perkembangan berkaitan, Dr Muhammad Fuad menjelaskan, sokongan Anwar tidak hanya dilihat daripada Melayu malah kaum lain seperti yang dibuktikan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lepas.
"Kalau kita lihat pola pengundian kepada penyokong Pakatan Harapan (PH) ini dalam banyak keadaan pengundi bangsa India dan Cina ini mereka beri undi kepada PH dalam PRU lepas.
"Itu tidak jadi suatu masalah untuk PH ditambah mungkin ada pecahan dalam BN khususnya dalam UMNO mungkin beri kelebihan kepada calon PH.
"Secara asasnya pengalaman Anwar dan nama besar dia membawa kemungkinan itu menjadi faktor menarik sokongan bukan sahaja Melayu tetapi Cina dan India," ujarnya.
Presiden MIC, Tan Sri S A Vigneswaran pada Khamis mengesahkan, partinya tidak akan bertanding dalam PRK Parlimen Port Dickson.
Kerusi Parlimen Port Dickson kosong selepas penyandangnya, Datuk Danyal Balagopal Abdullah meletak jawatan berkuat kuasa serta-merta pada Rabu.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu, Danyal Balagopal menang dengan majoriti 17,110 undi menewaskan calon BN, Datuk Mogan Velayatham yang memperoleh 18,515 undi dan Mahfuz Roslan dari Pas (6,594).
Wan Syamsul Amly
Thu Sep 13 2018
DR MUHAMMAD FUAD: Calon bagi pihak BN mestilah dari kalangan mereka yang ada kredibiliti dan nama besar di Negeri Sembilan. - Gambar fail
Menteri Indonesia bincang isu pekerja migran dengan rakan sejawat dari Malaysia
Fauziyah harap Steven akan membawa penambahbaikan kepada dasar berkaitan tenaga kerja Indonesia.
Pahang peruntuk RM1.5 juta bantuan tunai bakal jemaah haji
Sebanyak 1,588 jemaah haji Pahang menerima sumbangan 'duit poket' berjumlah RM750 seorang bagi membantu meringankan beban bakal haji dalam melakukan persiapan melaksanakan rukun Islam kelima itu.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi jangan mudah percaya taktik fitnah - Ramanan
Ramanan berkata pengundi perlu lebih berhati-hati, dan sentiasa menyemak fakta apabila mendengar kempen politik yang dilakukan pihak lawan.
KEDA berhasrat tanam padi wangi, padi huma tahun ini
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) berhasrat membangunkan tanaman padi wangi dan padi huma di beberapa kawasan pertanian dalam wilayahnya, tahun ini.
Mesyuarat perundingan Enam Pihak Arab bincangkan perkembangan di Gaza
Mesyuarat perundingan Jawatankuasa Enam Pihak Arab itu membincangkan perkembangan serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.
Chegubard didakwa di Mahkamah Sesyen KL esok - Peguam
Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegubard akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok atas pertuduhan memfitnah dan menghasut.
Pulau Pinang, kerajaan pusat bekerjasama tarik pelaburan semikonduktor
Kerajaan Pulau Pinang akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan usaha menarik pelaburan dalam sektor semikonduktor, termasuk segmen reka bentuk litar bersepadu (IC) di negeri itu.
Rakyat Malaysia di Jordan jadi duta produk PMKS negara
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menyarankan rakyat Malaysia yang menetap di Jordan supaya memainkan peranan sebagai “duta” untuk mempromosikan produk perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) SERTA koperasi negara.
Mohamed Khaled tiba di Indonesia, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tiba di Jakarta hari ini untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
SPRM mohon maklumat dari Jerman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memohon maklumat terkini daripada pihak berkuasa Jerman mengenai dana bon 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dipercayai digunakan untuk membeli kereta mewah di negara itu pada 26 Okt 2022.
Malaysia amalkan dasar luar yang seimbang, elak provokatif - Anwar
Malaysia mengamalkan pendekatan dasar luar yang seimbang antara Barat dan Timur, selain mengelakkan sebarang keadaan yang dilihat sebagai provokatif, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Nahas helikopter Lumut: Presiden Turkiye ucap takziah kepada keluarga anggota, Malaysia - Anwar
Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan mengutuskan ucapan takziah kepada keluarga 10 wira negara yang terkorban dalam nahas helikopter TLDM di Lumut, Perak.
Pihak dikaitkan dalam laporan berkaitan lesen kasino perlu ambil tindakan - PM Anwar
Laporan yang memetik satu sumber itu berkata perbincangan mengenai pemberian lesen itu masih di peringkat awal.
Tiada kasino akan beroperasi di Johor - Onn Hafiz
Onn Hafiz berkata khabar angin yang tular itu berunsur sabotaj dan berniat jahat untuk mencemar imej Forest City dan Johor secara keseluruhannya.
MOT, Khazanah, MAG perlu perkukuh tadbir urus MAB - PM Anwar
Jelas Anwar lagi, pengurusan syarikat penerbangan yang baik juga akan memberi manfaat kepada kakitangan melalui gaji yang setimpal dengan perkhidmatan mereka.
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Terdapat keperluan tambah bilangan wanita isi jawatan KSU, KP - PM Anwar
Anwar berkata jumlah pimpinan wanita sedia ada tidak mencerminkan jumlah keseluruhan 42 peratus golongan itu yang terlibat sebagai pembuat keputusan dalam perkhidmatan awam ketika ini.
PM nafi kerajaan beri lesen kasino di Forest City
Perdana Menteri menafikan laporan yang mendakwa kerajaan akan mengeluarkan lesen untuk pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM Anwar
Beliau berkata, usaha tersebut diharap dapat menjadi motivasi buat penjawat awam untuk meningkatkan produktiviti, dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.