Keputusan Barisan Nasional (BN) tidak meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson sudah dijangka dan bukan satu kejutan, kata Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan Aminuddin Harun.
Beliau yang juga Pengerusi PKR negeri dan pengarah pilihan raya PRK itu berkata ini memandangkan BN tidak mempunyai calon yang sesuai untuk diketengahkan melawan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Kita ucapkan berterima kasih kepada BN atas penarikan tersebut yang mana kita telah menjangkakannya pun di peringkat awal. Seperti yang saya maklum tempoh hari, kalau boleh tidak ada pilihan raya (bermaksud menang tanpa bertanding)... tetapi kita mengamalkan demokrasi yang masih memberi ruang kepada individu dan parti lain bertanding.
"Kami di peringkat negeri sudah bersedia dari semasa ke semasa supaya pilihan raya ini dapat dijalankan dengan lancar sekiranya ada pertandingan," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada persidangan Dewan Undangan Negeri ke-14, di sini, pada Selasa.
Semalam, Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dipetik sebagai berkata parti itu akan memboikot serta tidak meletakkan calon pada PRK Parlimen Port Dickson dan keputusan itu dibuat selepas perbincangan dengan parti komponen iaitu MCA dan MIC.
Ahmad Zahid berkata tindakan memboikot itu dilakukan kerana BN menganggap kerusi Parlimen berkenaan dikosongkan semata-mata bagi memenuhi cita-cita politik Anwar, yang baru-baru ini menang tanpa bertanding jawatan Presiden PKR.
Setakat ini, selain Anwar, dua parti iaitu PAS dan Parti Rakyat Malaysia (PRM), calon bebas Stevie Chan Keng Leong dan bekas setiausaha agung MIC Datuk S. Kumar menyatakan hasrat untuk bertanding di kerusi berkenaan.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK Parlimen Port Dickson ialah Sabtu, 13 Okt dan hari penamaan calon pada 29 Sept manakala hari pengundian awal pada 9 Okt.
Kerusi Parlimen Port Dickson dikosongkan oleh penyandangnya Datuk Danyal Balagopal Abdullah, 68, pada 12 Sept lepas untuk membolehkan Anwar bertanding dan kembali ke Dewan Rakyat.
Pada PRU14, 9 Mei lepas, Danyal Balagopal memenangi kerusi itu dengan majoriti selesa 17,710 undi mengalahkan calon BN Datuk V.S. Mogan dan Mahfuz Roslan daripada PAS.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 25 2018
Ini memandangkan BN tidak mempunyai calon yang sesuai untuk diketengahkan melawan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Muhammad Hakim Danish naik podium di GP Sepanyol
Pelumba muda negara Muhammad Hakim Danish Ramli mempamerkan peningkatan prestasi apabila menamatkan perlumbaan 2 Grand Prix (GP) Sepanyol bagi saingan Rookies Cup di kedudukan podium hari ini.
10 Berita Pilihan - (28 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: Inspektor ditahan kerja
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Dek Wan' terus menyinar di Maghribi
Dek Wan mempamerkan larian bertenaga dengan mencatat masa 12.52 saat (s) untuk meninggalkan Taha Al Harrasi (12.65s) dari Oman.
Piala Thomas: Malaysia tempah slot ke suku akhir
Malaysia berjaya menempah slot ke suku akhir selepas menewaskan Algeria dengan kemenangan 5-0 dalam saingan Piala Thomas di Chengdu, China sebentar tadi.
Thailand: Enam muka baharu sertai Kabinet Srettha
Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin melantik enam menteri kabinet baharu.
Anwar bertemu PM Jordan, tekan kepentingan sokong pengiktirafan negara Palestin di PBB
Pada pertemuan itu, Perdana Menteri turut menekankan kepentingan memastikan Israel dipertanggungjawabkan terhadap kekejamannya di Palestin.
Lebih ramai atlet dijangka layak ke Paris 2024
Kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik Paris 2024 terus diperkuat dengan empat lagi atlet berjaya mengesahkan slot ke temasya terbesar dunia itu minggu ini, menjadikan sejumlah 10 atlet layak setakat ini
AWANI Ringkas: Polis sahkan Chegu Bard direman dua hari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pegawai kastam maut dalam kemalangan babit tiga kenderaan
Seorang pegawai kastam maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 18.2 Lebuh Raya Utara Selatan arah Utara, semalam.
Kupang tercemar semulajadi, isu dipulihkan dalam masa terdekat - MB
Aminuddin berkata, kupang tersebut dicemari toksik secara semulajadi, dan bukan berpunca daripada aktiviti pihak-pihak tertentu.
Elak makan kupang, kerangan sementara waktu - Aminuddin
Kerajaan negeri akan melihat beberapa aspek sebelum tindakan lanjut diambil berdasarkan laporan daripada Jabatan Perikanan negeri termasuk jumlah penternak dan sebagainya.
16,000kg daging segar dijual pada 'Program Mantai Rayo' Negeri Sembilan
Kira-kira 16,000 kilogram daging pejal atau 160 ekor lembu disediakan untuk rakyat negeri ini sempena jualan 'Program Mantai Rayo Negeri Sembilan' menjelang sambutan Aidilfitri bulan depan.
Kawasan di Tampin, Jempol rekod tanpa hujan 13 hari berturut-turut
Beberapa kawasan di Tampin dan Jempol merekodkan ketiadaan hujan hingga 13 hari berturut-turut akibat fenomena El Nino kali ini.
27 tapak projek JENDELA di Negeri Sembilan siap dibina
Sejumlah 27 infrastruktur telekomunikasi baharu bagi fasa satu di bawah JENDELA di Negeri Sembilan telah siap dibina.
Aminuddin nafi campur tangan tamatkan kontrak Zaquan Adha
Menteri Besar Negeri Sembilan menafikan masuk campur tangan dalam keputusan menamatkan kontrak bekas kapten Harimau Malaya, Zaquan Adha Abdul Radzak.
Negeri Sembilan capai sasaran, catat pelaburan RM10.1 bilion tahun lepas - Aminuddin
Berdasarkan rekod kelulusan MIDA, pelaburan pada 2023 menunjukkan lonjakan 13 peratus berbanding RM8.9 bilion pada tahun sebelumnya.
RM17 juta naik taraf Stadium Hoki Seremban 2, dua kompleks KBS
Daripada jumlah itu, RM5 juta digunakan untuk membaik pulih stadium hoki manakala RM12 juta bagi kerja-kerja menaik taraf dua kompleks KBS.
Penjawat awam penggerak, ejen sebar luas konsep Malaysia MADANI - Aminuddin
Menerusi program itu, ketua-ketua jabatan dapat berfikir secara strategik serta menghasilkan nilai karamah insaniah yang tinggi.
Golongan nelayan sentiasa dalam 'radar' kerajaan negeri - Aminuddin Harun
Kerajaan negeri akan sentiasa memberikan bantuan dan sokongan kepada pengeluar makanan termasuk nelayan dan penternak akuakultur.