awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
4,433 saman dikeluarkan sempena Op Krismas, Op Ambang Tahun Baru - Ketua Polis Johor
Titah Adendum: Jika mahu tahanan di rumah, bawalah ke Parlimen - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BN tidak akan serah kerusi dimenangi kepada PH - Akmal Saleh

Sinar Harian
Sinar Harian
08/05/2025
23:30 MYT
BN tidak akan serah kerusi dimenangi kepada PH - Akmal Saleh
Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh, Ketua Pemuda UMNO. - Gambar fail
SHAH ALAM: Barisan Nasional (BN) yang mendominasi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka ketika ini tidak akan menyerahkan kerusi yang dimenangi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu kepada Pakatan Harapan (PH) termasuk cadangan pembahagian kerusi 14 BN dan 14 PH.
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, semasa rundingan menjelang PRN lalu, PH sukar untuk bersetuju memberikan kerusi yang dimenangi parti komponennya kepada BN.
“Kali ini, senang-senang sahaja mereka mahu kerusi yang telah kami menangi. BN tidak akan sama sekali menyerahkannya kepada PH.
“Jika tetap mahu, kita bertanding sahaja di tempat yang sama. Mudah. Untuk beri kepada kamu, tidak sama sekali dan boleh teruskan bermimpi,” katanya menerusi hantaran di Facebook semalam.
Beliau berkata demikian mengulas laporan akhbar berbahasa Cina bertajuk ‘Sembilan Cawangan DAP Melaka Meluluskan Resolusi Strategi 14 BN 14 PH pada PRN Melaka Akan Datang’.
Difahamkan, sembilan cawangan berkenaan ialah Bukit Beruang, Ayer Keroh, Kampung Baru Ayer Keroh, Merdeka Jaya, Sunshine, Taman Muzaffar Shah, Bukit Beruang Indah, Kubu dan Taman Kerjasama.
Dalam kenyataan bersama, semua cawangan itu menyatakan sokongan supaya BN dan PH masing-masing bertanding 14 daripada 28 kerusi DUN di Melaka, selaras dengan semangat kerjasama Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan.
Usul tersebut dikatakan bertujuan untuk memperkukuh mandat rakyat dan memastikan wakil rakyat terpilih benar-benar mencerminkan kehendak pengundi, sekali gus mengukuhkan kestabilan politik serta kesinambungan dasar di peringkat negeri dan pusat.
Untuk rekod, Melaka mempunyai 28 kerusi DUN dengan 21 dimenangi BN, lima dimenangi PH dan dua lagi oleh Perikatan Nasional (PN).
PRN Melaka dijangka diadakan selewat-lewatnya November tahun hadapan. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#Pakatan Harapan
#Muhamad Akmal Saleh
#DUN Melaka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami