KUALA LUMPUR: Mana-mana individu yang telah keluar daripada UMNO boleh memohon semula sekiranya mahu kembali bersama parti itu.
Namun, individu itu tidak boleh mengenakan apa-apa syarat sebaliknya menerima segala dasar dan individu lain yang berada di dalam parti itu.
Itu mesej jelas Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak kepada mereka yang telah keluar daripada UMNO termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Sesiapa boleh mohon untuk balik (semula) kepada UMNO... Tetapi orang macam saya, kami ini semua, kita setia dalam UMNO, tidak pernah keluar daripada UMNO.
"Mereka yang keluar daripada UMNO, hendak kembali kepada UMNO, boleh dipertimbangkan.
"Namun, mereka tidak boleh kenakan syarat, dia kena terima. Dia mahu masuk UMNO, terimalah dasar UMNO, terimalah sesiapa yang ada dalam UMNO.
"UMNO adalah parti yang bukan milik mana-mana individu atau Presiden parti sekalipun, ataupun bekas presiden parti, tidak! UMNO adalah milik tiga juta ahlinya," katanya ketika ditemu bual Astro AWANI.
Sebelum ini, Dr Mahathir meletakkan syarat sekiranya ada pihak yang mahu beliau kembali kepada parti yang pernah dipimpinnya itu.
“Yalah, kalau UMNO pegang balik kepada dasar awalnya berjuang untuk bangsa, untuk negara, untuk agama saya boleh kembali kepada UMNO tetapi ‘penyangak-penyangak’... apa semua (itu) saya tidak boleh bekerjasama dengan mereka,” katanya pada program ‘Bersama Tun M’ yang dikendalikan Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaaffar baru-baru ini.
Saksikan 'Eksklusif bersama Datuk Seri Najib Razak' yang akan disiarkan pada Isnin, 22 Februari 2021, jam 8.30 malam di saluran 501 Astro AWANI, Live TV di astroawani.com serta di saluran-saluran media sosial Astro AWANI.
BACA: Saya boleh kembali kepada UMNO sekiranya... - Tun Mahathir
BACA: Kembali pada UMNO: Syarat Tun Mahathir hanyalah sekadar alasan - Ahmad Zahid
Harits Asyraf Hasnan
Fri Feb 19 2021

Individu yang mahu masuk semula UMNO tidak boleh mengenakan apa-apa syarat sebaliknya menerima segala dasar dan individu lain yang berada di dalam parti itu. - Foto Astro AWANI

Uggah tidak terima suntikan vaksin atas faktor kesihatan - Pengarah JKNS
Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas tidak menerima suntikan vaksin hari ini.

Akta 446: Kerajaan dicadang sediakan insentif kepada majikan, kontraktor
Kerajaan dicadang memberikan insentif atau subsidi kepada majikan dan kontraktor bagi memastikan mereka dapat menyediakan penempatan lebih baik kepada pekerja serta memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.

Parti liar | Pegawai dan anggota polis ditahan posiitf dadah
Seorang pegawai kanan dan lima anggota polis dari Kontinjen Perak antara 14 orang yang ditahan dalam satu serbuan parti liar di sebuah pangsapuri di Ipoh pada awal pagi Jumaat. Hasil saringan air kencing mendapati pegawai dan empat anggota itu positif dadah jenis amphetamine dan methaphetamine.

Tahun Kewangan 2020: Perolehan TNB rendah, umum dividen akhir satu peringkat 18.0 sen
Keuntungan bersih Tenaga Nasional Bhd (TNB) berkurangan kepada RM3.40 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2020 daripada RM4.53 bilion dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Untung bersih suku keempat 2020 Maxis susut kepada RM319 juta
Keuntungan bersih Maxis Bhd bagi suku keempat berakhir 31 Dis, 2020 merosot kepada RM319 juta berbanding RM353 juta pada suku keempat 2019.

MAHB catat kerugian bersih RM1.11 bilion pada Tahun Kewangan 2020
Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mencatat kerugian bersih sebanyak RM1.11 bilion bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Dis, 2020.

Penguatkuasaan, pelaksanaan Akta 446 tidak akan ditangguh - Awang Hashim
Kerajaan menerusi Kementerian Sumber Manusia mengambil keputusan untuk tidak menangguhkan penguatkuasaan pindaan terbaharu Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446).

Vaksin COVID-19 | Abang Jo terima suntikan vaksin di Petra Jaya
Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg hari ini menjadi antara individu terawal di Sarawak yang menerima suntikan vaksin COVID-19 keluaran Pfizer-bioNTech. Ia sebagai simbolik kepada Pelancaran Program Imunisasi COVID-19 Sarawak dengan fasa pertama melibatkan petugas barisan hadapan.

Polis tembak kenderaan, pemandu dipercayai bertindak ganas
Sebuah video tular memaparkan sebuah kereta merempuh beberapa kenderaan lain di Bulatan Sierramas, Sungai Buloh dalam usaha melarikan diri dari polis.

Harga RON95, RON97 naik 5 sen, diesel kekal
Kementerian Kewangan memaklumkan, harga runcit RON95 yang sebelum ini RM2.00 seliter dinaikkan kepada RM2.05 seliter sepanjang tempoh berkenaan.

'Tun M yang sepatutnya ketuai PN, tiada siapa dapat baca fikirannya' - Marzuki
Tun Dr Mahathir Mohamad yang sepatutnya menghadap Yang di-Pertuan Agong dan mengambil peluang untuk mengumumkan bahawa beliau mempunyai sokongan yang mencukupi.

Pejuang gesa persidangan Parlimen berlangsung penuh, bukan hanya sehari
Menurut satu kenyataan media pada Khamis, Pejuang menuntut persidangan kali ini mengikut takwim asal tanpa memendekkan sesi persidangan.

'Dakwaan Ketua Armada Bersatu kepada UMNO hanya provokasi' - Syed Ali
Dakwaan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal bahawa UMNO bukan lagi kuasa besar dalam politik negara amat tidak berasas dan sekadar provokasi.

Marzuki dedah Tun M pernah setuju calonkan Muhyiddin sebagai PM
Tan Sri Muhyiddin Yassin dikatakan keberatan dicalonkan sebagai Perdana Menteri selepas Tun Dr Mahathir Mohamad, meletak jawatan Februari lalu.

Najib Razak jelaskan maksud 'kerjasama dengan seteru politik'
Najib berkata, Tun Abdul Razak juga pernah melakukan perkara sama demi 'kestabilan dalam negara untuk memulihkan negara'.

Tiada sebab UMNO tidak boleh bekerjasama dengan 'musuh', asalkan diterima akar umbi - Najib
Najib berkata, UMNO terbuka dengan semua pilihan, selagi ia diterima baik oleh pemimpin dan akar umbi.

Pelancong sihat wajar dibenarkan melancong ke Langkawi - Dr Mahathir
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata sekarang adalah masa yang sesuai membenarkan pelancong-pelancong sihat untuk melawat Langkawi.

Boleh mohon masuk UMNO semula, tetapi... - Najib Razak
Individu itu tidak boleh mengenakan apa-apa syarat sebaliknya menerima segala dasar dan individu lain yang berada di dalam parti itu.

Parti Melayu akan berpecah menjadi parti-parti minoriti - Tun Mahathir
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata parti-parti yang mewakili kaum Melayu kini sebenarnya sudah menjadi parti minoriti.

Kembali pada UMNO: Syarat Tun Mahathir hanyalah sekadar alasan - Ahmad Zahid
Tun Dr Mahathir Mohamad disifatkan sudah hilang hala tuju dalam memperjuangkan kepentingan politik peribadi dan kroni-kroninya.