Para pengundi yang kehilangan kad pengenalan masih boleh mengundi dengan membawa salinan laporan kehilangan kad pengenalan bergambar sebagai bukti pengenalan diri, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Mohd Hashim Abdullah.
Beliau berkata, pengundi juga boleh membawa lesen memandu, pasport terhad atau pasport antarabangsa yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak berkuasa kerajaan sebagai pengenalan diri yang mengandungi nama, nombor Kad Pengenalan dan gambar mereka.
Undi setiap rakyat Malaysia amat dihargai dan dalam pemerintahan demokrasi, tiada sesuatu atau seseorang pun yang boleh menghalang rakyat daripada mengundi, katanya.
“Undi setiap orang adalah rahsia dan tak sesiapa pun boleh mengetahuinya melainkan pengundi itu sendiri yang memberitahu kepada yang lain siapa yang diundinya. Anda berhak memilih sesiapa yang anda suka,” katanya Mohd Hashim kepada Bernama baru-baru ini.
Ditanya mengenai ramai pengundi khuatir berhubung nombor siri pada kertas undi yang kononnya bertujuan mengenal pasti pengundi, beliau sekali lagi menegaskan pengundi tidak perlu bimbang akan berlaku penipuan pada proses mengundi pada Rabu depan (9 Mei) kerana undi kekal rahsia.
Beliau menjelaskan cetakan nombor siri hanyalah untuk memudahkan petugas SPR membuat semakan dan pengiraan bilangan kertas undi, dan bukannya untuk mengenal pasti pengundi.
“Pada kertas undi tidak terdapat nombor siri dan untuk pengetahuan, selepas pengiraan kertas undi dan keputusan diketahui, kertas undi akan disimpan di tempat selamat selama 21 hari sekiranya terdapat pihak yang membuat petisyen dan memerlukan kiraan semula,” katanya.
Tambahnya, selepas 21 hari, kertas-kertas undi itu akan dilupuskan dengan cara membakar dan disaksikan oleh pelbagai pihak.
Mengenai ada pihak yang menjalankan kempen untuk merosakkan undi, Mohd Hashim berkata perbuatan tidak mengundi atau mahu merosakkan undi merupakan satu kerugian kerana undi itu adalah sesuatu hak yang berharga dan seseorang itu hanya dapat berbuat demikian sekali setiap lima tahun.
Dalam pada itu, beliau berkata, mana-mana majikan yang menghalang pekerja untuk menunaikan kewajipan mengundi boleh didenda RM5,000 dan penjara setahun mengikut subseksyen 25 Akta Pilihan Raya 1958.
Malah, tiada majikan boleh membuat potongan gaji atau saraan lain terhadap mana-mana pemilih itu atau mengenakan ke atasnya atau menuntut daripadanya penalti kerana tidak hadir kerja dalam tempoh berkenaan, katanya. - Bernama
Bernama
Sat May 05 2018
MOHD HASHIM: Pengundi juga boleh membawa lesen memandu, pasport terhad atau pasport antarabangsa yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak berkuasa kerajaan sebagai pengenalan diri. - Gambar fail
Sheriff: 9 hari tayangan, kaut RM28 juta!
Filem arahan Syafiq Yusof, Sheriff: Narko Intergriti kini meraih kutipan sebanyak RM28 juta dalam 9 hari tayangan.
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
KidDin bergabung jawab segala isu Konsert Search 'Gemuruh'
KONSERT Search 'Gemuruh' nampaknya semakin diperkatakan disebabkan beberapa isu yang ditimbulkan sehari dua ini.
Penunjuk perasaan Palestin tempelak wartawan AS
Mereka menuduh wartawan A.S sembunyikan dan berikan gambaran salah mengenai perang di Gaza.
Lawatan ke Riyadh: Blinken melawat Arab Saudi esok
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken akan melawat Arab Saudi pada Isnin untuk bertemu dengan rakan serantau dan membincangkan usaha mencapai gencatan senjata di Gaza dan pembebasan tebusan Israel.
Iraq lulus akta penjara maksimum 15 tahun
Parlimen Iraq meluluskan undang-undang yang menjenayahkan hubungan sejenis dengan hukuman penjara maksimum 15 tahun pada Sabtu.
PRK Kuala Kubu Baharu: MB nafi rumah terbuka Selangor langgar akta
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang diadakan pada Sabtu malam di pekan Kuala Kubu Bharu (KKB) di sini, tidak melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Pengurus rumah kebajikan didenda RM4,500 cederakan warga emas
Seorang pengurus rumah kebajikan didenda RM4,500 selepas mengaku bersalah mendatangkan kecederaan kepada seorang warga emas.
Amiruddin nafi rumah terbuka langgar peraturan pilihan raya
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari menafikan dakwaan bahawa penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri oleh kerajaan negeri di pekan Kuala Kubu Baharu (KKB) pada Sabtu, melanggar peruntukan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Misi teroka peluang ekonomi, tarik pelaburan baharu di WEF - Anwar
Malaysia dalam misi meneroka pelbagai peluang ekonomi dan menarik pelaburan baharu pada Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Riyadh, Arab Saudi yang akan berlangsung dua hari bermula hari ini.
Suspek kes tembak di KLIA miliki empat kad pengenalan individu lain
Suspek yang melepaskan tembakan di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dikatakan mempunyai empat kad pengenalan milik individu lain bersamanya.
Warga emas beri maklumat palsu mohon kad pengenalan dipenjara, denda
Seorang warga emas dijatuhi hukuman penjara dan denda selepas mengaku bersalah atas pertuduhan memberi maklumat palsu ketika membuat permohonan kad pengenalan.
Pulau Pinang rekod 211,115 pendaftaran PADU setakat semalam
Sebanyak 211,115 penduduk Pulau Pinang telah mendaftar dan mengemas kini maklumat dalam sistem Pangkalan Data Utama (PADU) setakat semalam.
PRK Kemaman: Pengundi diingatkan bawa kad pengenalan esok
Pengundi PRK Parlimen Kemaman diingatkan supaya membawa kad pengenalan dan catatan maklumat pengundian bagi memudahkan semakan nama.
JPN minta empat beradik tiada kad pengenalan hadir ke pejabatnya
JPN meminta empat beradik yang didakwa dihalang ke sekolah kerana tidak memiliki kad pengenalan untuk hadir ke pejabatnya.
China kemas kini kad pengenalan pemastautin tetap mulai 1 Dis
Pemegang kad baharu itu akan dapat mengendalikan urusan peribadi, seperti perjalanan, perbelanjaan harian dan kewangan melalui platform dalam talian.
PRN: Polis terima dua laporan kad pengenalan digunakan orang lain
Polis membuka dua kertas siasatan berkaitan laporan dakwaan penggunaan kad pengenalan oleh individu lain di dua pusat pengundian pada Sabtu.
Polis terima tiga laporan nama, kad pengenalan diguna individu lain untuk mengundi
Polis menerima tiga laporan berkaitan nama dan kad pengenalan digunakan individu lain untuk mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kedah, setakat ini.
PRN: Pemuda Pas Pulau Pinang dakwa wujud cubaan bawa 'pengundi hantu'
Pemuda Pas Pulau Pinang mendakwa wujud usaha memanipulasi undi dengan membawa 'pengundi hantu' semasa hari pengundian pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabtu ini.
JPN perhebat Program Mekar, turun padang setiap bulan
Program turun padang JPN ialah untuk memastikan golongan yang layak tetapi sukar untuk hadir ke pejabat JPN mendaftar dan perbaharui dokumen peribadi.