awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bubar DUN: Sanusi dijangka menghadap Sultan Kedah hari ini

Sinar Harian
Sinar Harian
25/06/2023
02:10 MYT
Bubar DUN: Sanusi dijangka menghadap Sultan Kedah hari ini
Muhammad Sanusi dijangka menghadap Sultan Kedah di Wisma Darul Aman pada Ahad. - Foto Sinar Harian
ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dijangka menghadap Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah hari ini.
Muhammad Sanusi akan menghadap Sultan Sallehuddin bagi memohon perkenan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah.
Beliau dijadualkan menghadap Sultan Sallehuddin pada jam 10.15 pagi di Wisma Darul Aman, di sini hari ini.
Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan Kedah bercadang membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 28 Jun ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).
Muhammad Sanusi Md Nor mengesahkan bahawa beliau akan menghadap Sultan Sallehuddin untuk mempersembahkan cadangan tarikh pembubaran pada 25 Jun ini.
Enam negeri akan melaksanakan PRN pada tahun ini termasuk Kedah, Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#bubar DUN Kedah
#Muhammad Sanusi Md Nor
#Sultan Kedah
#PRN Kedah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan