awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bukan sekadar bangkang, PN akan tegur kerajaan untuk rakyat - Hamzah

Bernama
Bernama
16/12/2022
13:28 MYT
Bukan sekadar bangkang, PN akan tegur kerajaan untuk rakyat - Hamzah
Setiausaha Agung PN Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata pengalaman itu juga boleh membantu mereka menyampaikan pandangan kepada pentadbiran kerajaan ketika ini. - Gambar fail/BERNAMA
BATU KURAU: Pengalaman sebagai kerajaan sebelum ini akan digunakan oleh Perikatan Nasional (PN) untuk memainkan peranan sebagai blok pembangkang di Parlimen sebaik mungkin termasuk menegur kerajaan jika ada perkara yang dilaksanakan tidak menguntungkan rakyat.
Setiausaha Agung PN Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata pengalaman itu juga boleh membantu mereka menyampaikan pandangan kepada pentadbiran kerajaan ketika ini.
"Kita (PN) ada pengalaman, kita akan tegur dan sampaikan bila ada perkara yang tidak baik," kata Ahli Parlimen Larut itu selepas menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir di sini hari ini.
Mengenai keputusan PN untuk menamakan beliau sebagai Ketua Pembangkang, Hamzah berkata beliau menerimanya sebagai amanat dan tanggungjawab besar.
"Bukan sekadar membangkang tapi sebagai kumpulan yang berwibawa bagi memastikan kerajaan bekerja dengan baik," katanya.
Mesyuarat Jawatankuasa PN baru-baru ini bersetuju melantik Hamzah sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat.
Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-15 dijadual berlangsung pada 19 dan 20 Dis serta merupakan sidang Dewan Rakyat pertama selepas Pilihan Raya Umum ke-15.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perikatan Nasional
#pembangkang
#Parlimen
#Hamzah Zainudin
#PM10
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan