awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Calon MCA PRK Balakong mahu atasi kesesakan dan kerosakan jalan

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
26/08/2018
04:40 MYT
Calon MCA PRK Balakong mahu atasi kesesakan dan kerosakan jalan
Penyelarasan perlu dilakukan diantara Jabatan Kerja Raya, Syarikat Bekalan Air Selangor, Tenaga Nasional Berhad dan Majlis Perbandaran Kajang bagi memastikan jalan raya dibaiki . - Bernama
Calon MCA Pilihan Raya Kecil (PRK) Balakong, Tan Chee Teong menggesa kerajaan negeri Selangor melakukan kerja penyelarasan bagi menangani masalah kerosakan jalan raya yang berlaku akibat daripada kerja pembangunan.
Beliau berkata penyelarasan perlu dilakukan diantara Jabatan Kerja Raya, Syarikat Bekalan Air Selangor, Tenaga Nasional Berhad dan Majlis Perbandaran Kajang bagi memastikan jalan raya dibaiki apabila sebuah projek pembangunan diluluskan.
“Terdapat beberapa jalan di Balakong yang keadaannya tidak baik, tidak rata, dan berlubang. Malah, garis-garis lalu lintas berwarna kuning dan putih sudah tidak jelas. Ada juga jalan raya di mana sistem perparitan tidak baik, dan menyebabkan banjir apabila hujan berlaku.
“Punca utama kerosakan jalan raya di Balakong adalah kerja-kerja pembangunan yang berdekatan. Ini kerana syarikat-syarikat bekalan air, elektrik dan telekomunikasi sering menggali dan menebus balik tanah untuk meletakkan, atau menggantikan kabel-kabel dan paip air,” katanya dalam satu sidang media di sini, hari ini.
Beliau turut menyatakan terdapat kenderaan berat menggunakan jalan raya di kawasan itu yang menyumbang kepada kerosakan jalan dan membahayakan pengguna.
Sementara itu, Chee Teong mencadangkan turut mencadangkan pembinaan jalan alternatif dari Cheras Jaya ke Taman Impian Ehsan bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas yang berpunca dari pertumbuhan jumlah penduduk dan peningkatan aktiviti komersial di kawasan itu.
“Saya juga mencadangkan untuk membuka dan meluaskan Persiaran Damai Perdana kerana pertukaran dari jalan yang luas kepada jalan yang sempit adalah punca kesesakan lalu lintas dan menyebabkan kemalangan sering berlaku.
“Bagi mengatasi kesesakan di waktu puncak, Lebuh Utara Hussein Onn ke Cheras Avenue dan jalan keluar ke Lebuhraya SILK perlu diluaskan,” jelas beliau.
Topic Berkaitan
#Kerajaan Negeri Selangor
#kerosakan jalan
#kesesakan jalan raya
#MCA
#PRK Balakong
#Tan Chee Teong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan