KUALA LUMPUR: Calon muda berusia bawah 30 tahun yang bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dilihat masih belum mampu memperoleh mandat daripada penduduk negeri itu meskipun kali pertama menyaksikan pelaksanaan Undi18.
Seramai lapan calon berumur bawah 30 tahun bertanding dalam PRN Johor dengan dua individu merupakan calon paling muda, yang kedua-duanya berusia 26 tahun.
Daripada lapan calon itu, hanya seorang calon iaitu Amira Aisya Abd Aziz, 27, daripada Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) yang memperoleh kemenangan pertama untuk parti itu bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa dengan majoriti 7,114 undi dalam pertandingan enam penjuru.
Beliau yang merupakan Setiausaha Agung MUDA menewaskan Ng Yew Aik (BN-MCA), Loh Kah Yong (PN-Gerakan), Dr Khairil Anwar Razali (Pejuang), Choong Shiau Yoon (Parti Bangsa Malaysia) dan Adzrin Adam (Bebas).
Secara keseluruhan, 63 calon berusia 40 tahun dan ke bawah daripada 239 calon bertanding pada PRN Johor dengan Barisan Nasional (BN) mempertaruhkan calon paling ramai iaitu 14 individu, diikuti Perikatan Nasional (13), Pejuang (11), Pakatan Harapan (10), MUDA (tujuh), PKR (empat) dan PBM (dua).
Dua lagi calon ialah daripada Parti Warisan yang bertanding di kerusi DUN Bukit Batu dan calon Bebas di DUN Kempas.
Bagaimanapun, 14 calon daripada 63 calon berusia bawah 40 tahun mempamerkan prestasi cemerlang apabila berjaya mendapat mandat daripada penduduk di negeri selatan tanah air itu.
Calon PH Marina Ibrahim, 34, daripada DAP yang kali pertama bertanding dalam pilihan raya bagi kerusi DUN Skudai memperoleh kemenangan dengan majoriti paling besar dalam kalangan calon muda berusia 40 tahun dan ke bawah selepas mendapat 26,359 undi dengan majoriti 13,943 undi.
Dalam pertandingan tiga penjuru itu, beliau yang masih positif COVID-19 menewaskan Yeo Kwee Kwang (PN-Bersatu) dan Shen Poh Kuan (BN-MCA).
Empat lagi calon PH-DAP yang turut menang adalah Ng Kor Sim, 38, yang memperoleh majoriti 7,001 undi dalam pertandingan tiga penjuru bagi kerusi DUN Jementah; Ee Chin Li, 39, mendapat majoriti 372 undi dalam pertandingan lima penjuru bagi kerusi DUN Tangkak; Liow Cai Tung, 36, memenangi kerusi DUN Johor Jaya dengan majoriti 1,922 undi dalam pertandingan empat penjuru manakala Wong Bor Yang, 35, memperoleh majoriti 5,921 undi dalam pertandingan tiga penjuru bagi kerusi DUN Senai.
Calon muda BN pula menyaksikan lapan orang berjaya memenangi kerusi ditandingi iaitu DUN Bukit Pasir yang dimenangi Mohamad Fazli Mohamad Salleh, 35, dengan majoriti tipis 198 undi; Mohd Hairi Mad Shah, 37, (DUN Larkin, majoriti 6,178 undi); Ling Tian Soon, 38, (DUN Yong Peng, majoriti 2,741 undi); Norlizah Noh, 38, (DUN Johor Lama, majoriti 6,039 undi) dan K. Raven Kumar, 39, (DUN Tenggaroh, majoriti 1,356 undi).
Mohamad Najib Samuri yang berusia 39 tahun pula memenangi kerusi DUN Parit Yaani dengan majoriti 294 undi; Aznan Tamin, 37, memperoleh majoriti 5,903 undi bagi kerusi DUN Tanjung Surat dan Lee Ting Han, 31, mendapat majoriti 3,176 undi bagi kerusi DUN Paloh.
Sementara itu, satu daripada empat calon muda yang dipertaruhkan PKR iaitu Chiong Sen Sern berusia 32 tahun memenangi kerusi DUN Bukit Batu dengan majoriti tipis 137 undi selepas menewaskan calon BN-MIC S Suppayah, Tan Heng Choon (PN-Gerakan) dan Lee Ming Wen (Warisan).
PRN kali ini menyaksikan BN memenangi 40 daripada 56 kerusi DUN yang dipertandingkan, sekali gus membolehkan parti berkenaan membentuk kerajaan negeri, manakala PH memenangi 11 kerusi, PN (tiga kerusi), manakala PKR dan MUDA pula masing-masing satu kerusi.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 12 2022
Pengundi muda menunjukkan jari yang sudah dicelup dengan dakwat kekal selepas mengundi bagi PRN Johor ke-15 buat kali pertama ketika tinjauan di Sekolah Kebangsaan Sungai Danga, Johor Bahru, 12 Mac 2022. --fotoBERNAMA
'Mereka perlu bertanggungjawab sepenuhnya...' - Amy Search
Amy mempersoalkan tindakan Din dan Kid yang mengeluarkan album Rockology Search: Kid'Din Collection tanpa sebarang persetujuan mahupun perjanjian hitam putih.
Zahid nafi tawar individu jawatan Setiausaha Agung parti pada Pemilihan UMNO 2018
Ahmad Zahid berkata dakwaan yang ditimbulkan oleh individu itu, yang kini merupakan seorang pemimpin pembangkang serta dijadikan bahan kempen Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu, adalah tidak benar.
Polis Sarawak siap siaga tangani aspek keselamatan
Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata yakin anggotanya cukup bagi menangani aspek keselamatan sepanjang berlangsungnya SUKMA 2024 di Sarawak
Pemain bola sepak Sarawak diminta jaga keselamatan
Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata menasihati pemain dari negeri itu agar meningkatkan kewaspadaan susulan kes serangan dan jenayah membabitkan pemain bola sepak.
Kompleks latihan OKU kedua Sabah dibina di Sandakan
Dengan kos pembinaan RM3.2 juta ringgit, kompleks latihan yang sedang dalam pembinaan itu adalah yang kedua di Sabah selepasKompleks Latihan dan Pemulihan OKU Kimanis, Papar.
Tiada keperluan tanding DUN, fokus tugas menteri dan MP - Armizan
Timbalan Setiausaha Agung Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Armizan Mohd Ali berkata tidak ada keperluan untuk beliau bertanding mana-mana kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Papar pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang
Peruntukan RM1.41 bilion bagi projek infrastruktur luar bandar Sabah
Peruntukan ini melibatkan 295 projek yang terdiri daripada 70 projek baharu dan 225 projek sambungan dengan kos keseluruhan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) yang berjumlah RM17.8 bilion.
Legasi besar Mutang Tagal untuk etnik Orang Ulu
Presiden Persekutuan Persatuan Orang Ulu Malaysia (FORUM) Kennedy Chukpai Ugon menyifatkan mendiang Datuk Mutang Tagal sebagai pemimpin yang berjiwa rakyat dan banyak berjasa dalam menyatukan masyarakat Orang Ulu.
GPS, PBB dukacita atas pemergian Mutang Tagal
Setiausaha Agung GPS, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menyifatkan Mendiang Datuk Mutang Tagak bukan sekadar rakan seperjuangan dalam politik tetapi juga kenalan rapat seluruh ahli keluarga.
DUN Sarawak bertafakur seminit peringati Mutang Tagal
Sebagai tanda penghormatan kepada Mendiang Datuk Muntang, Timbalan Speaker Datuk Idris Buang meminta seluruh ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak untuk bertafakur selama satu minit.
PRN: Pas sukar capai sasaran bariskan 30 peratus calon muda
Ahmad Fadhli berkata untuk PRN kali ini, kemungkinan besar calon muda yang akan diketengahkan PAS hanyalah sekitar 10 peratus.
PRN: Pemuda BN harap 30 peratus calon muda bertanding
Pemuda Barisan Nasional (BN) berharap sekurang-kurangnya 30 peratus calon orang muda dipilih untuk bertanding di enam negeri yang akan mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.
PRU15: Strategi MCA letak calon muda dalam setiap pilihan raya untuk jadi parti dinamik
Meletakkan calon-calon muda dalam setiap pilihan raya adalah strategi jangka panjang MCA untuk menjadikan sebuah parti dinamik yang mendengar suara anak muda.
PRU15: 82.6 peratus calon berusia lebih 40 tahun, hanya 2.5 peratus bawah 30 tahun
Daripada 1,386 calon yang bertanding di kerusi Parlimen dan DUN pada PRU15, hanya 241 (17.3%) berusia bawah 40 tahun.
PRU15: Warisan umum tiga calon muda di Parlimen Kota Kinabalu, Tawau, Sandakan
Warisan menampilkan tiga calon muda mewakili parti itu untuk bertanding kerusi Parlimen Kota Kinabalu, Tawau dan Sandakan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
PRU15: Pengundi muda, undi penentu
Putrajaya Terengganu dan Kelantan mendahului dengan jumlah tertinggi pengundi muda dalam Pilihan Raya Umum ke-15 pada November ini.
PRU15: Pertarungan antara calon muda - Bekas Exco Pemuda UMNO
Ia sejajar pendaftaran secara automatik pengundi berusia 18 tahun ke atas yang telah diwartakan dan berkuat kuasa 15 Disember tahun lalu.
PRU15: MCA tampil ramai calon muda usia 30-an - Ka Siong
MCA akan menampilkan ramai calon muda yang berusia dalam lingkungan 30-an untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kelak.
Calon muda bawah 30 tahun belum mampu peroleh mandat penduduk Johor
Seramai lapan calon berumur bawah 30 tahun bertanding dalam PRN Johor dengan dua calon paling muda berusia 26 tahun.
PRN Johor: Calon muda jangan bercakap sahaja, perlu disusuli tindakan
Calon pilihan raya kalangan anak muda perlu membuktikan kepada pengundi bahawa mereka bukan sahaja pandai bercakap, tetapi juga disusuli dengan tindakan.