KUALA LUMPUR: Calon-calon bagi jawatan Timbalan Menteri akan dimuktamadkan dalam masa terdekat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri menerusi perkongsian di laman Facebook beliau hari ini.
Anwar turut memaklumkan mesyuarat Kabinet mingguan pagi tadi berjalan dengan suasana yang harmoni dan produktif.
"Saya menegaskan bahawa isu-isu rakyat terutamanya masalah kos sara hidup harus diberi tumpuan dan diselesaikan sesegera mungkin," katanya dalam catatan tersebut.
Pada 3 Dis lepas, dua Timbalan Perdana Menteri dan 25 menteri Kabinet mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara di sini.
Dua Timbalan Perdana Menteri itu adalah Ahli Parlimen Bagan Datuk Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah serta Ahli Parlimen Petra Jaya Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi.
Dalam satu lagi catatan, Anwar berkata beliau terbuka menerima cadangan yang lebih baik dalam membantu pesawah miskin di seluruh negara dan tumpuan kerajaan ketika ini ini adalah menggunakan kuasa untuk membela kepentingan rakyat terutamanya pesawah miskin.
"Kalau ada pihak lain yang ingin menyanggah usaha kerajaan dalam membantu pesawah miskin, pihak tersebut dipersilakan mengusulkan alternatif. Saya terbuka menerima cadangan yang lebih baik," kata Anwar.
Pada sidang media Isnin lepas, Anwar berkata kerajaan pimpinannya akan meneliti isu monopoli import beras yang dikuasai tokoh korporat Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary serta meneliti keuntungan beliau yang membeli pegangan Bernas milik Tan Sri Tan Boon Seng dengan harga RM800 juta dan Datuk Seri Shahidan Kassim (RM400 juta).
Anwar turut meminta supaya isu monopoli import beras yang dikuasai Syed Mokhtar tidak dipolitikkan kerana usaha itu berniat membantu pesawah miskin.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 07 2022

Anwar turut memaklumkan mesyuarat Kabinet mingguan pagi tadi berjalan dengan suasana yang harmoni dan produktif. - Gambar fail

3 terkorban dalam gempa bumi kuat di Iran
Media turut melaporkan salji tebal di beberapa kawasan terjejas, dengan suhu sejuk serta gangguan bekalan elektrik memburukkan lagi keadaan.

Penjenayah bertopeng diburu kes samun di Banting
Empat suspek terbabit memasuki rumah mangsa dengan cara memanjat pagar sebelum merompak mangsa.

Selangor FC terbang ke Bangkok lawan kelab Thailand
Skuad Gergasi Merah akan terbang ke negara jiran itu dalam siri jelajah pramusim bermula 5 hingga 10 Februari depan.

AR Rahman tampil dengan konsert memukau di Stadium Nasional Bukit Jalil
Penyanyi itu memukau penonton dengan lagu hitnya yang dihasilkannya untuk filem Slumdog Millionaire, yakni 'Jai Ho' dan 'Oh Sayo'.

Pembersihan UMNO: Pemecatan ahli langgar disiplin parti perkara biasa - Ku Li
Menurutnya, amalan itu bukanlah sesuatu yang baharu kerana perkara itu turut berlaku dalam parti lain.

Amaran MetMalaysia | Amaran hujan sangat lebat di Pahang, Johor hingga Isnin
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan sangat lebat berterusan tahap bahaya di Pahang dan Johor sehingga esok. Metmalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan daerah yang terbabit di Pahang adalah Rompin, manakala Johor membabitkan Mersing dan Kota Tinggi.

Aksi tegang Levski Sofia-JDT, perlawanan ditamatkan awal
JDT berjaya mengejutkan pasukan lawan menerusi jaringan pemain import baharu mereka, Juan Muniz, pada minit ke-24.

Mustafa Centre dari Singapura bakal buka gedung pertama di Johor Bahru
Mustafa akan membeli 591 unit runcit yang tidak terjual di Capital City Mall daripada syarikat tersebut yang merupakan gabungan kawasan boleh sewa bersih seluas 641,216 kaki persegi.

Alami pengalaman menakjubkan di Astro Experience Store
Premis baharu itu menawarkan pelanggan pengalaman luar biasa dalam menerokai kepelbagaian produk dan perkhidmatan disediakan Astro.

Pembersihan UMNO: Jangan salahkan Presiden, itu keputusan Lembaga Disiplin - Saarani
Saarani berkata sebagai ahli perlu akur kepada perlembagaan dan peraturan parti bahawa mana-mana ahli yang membuat silap dan melanggar disiplin akan dikenakan tindakan.

Jawatankuasa MA63 teliti penambahbaikan institusi kesihatan di Sarawak
Penambahbaikan institusi kesihatan awam di Sarawak menjadi antara tumpuan Jawatankuasa Teknikal Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Tampar pemain: Nasib jurulatih ditentukan KBS
KPM menyerahkan kepada KBS untuk menjalankan siasatan serta menentukan nasib jurulatih bola tampar yang menampar dua pemain pelajar wanita baru-baru ini.

Jawatan Timbalan Menteri: 'Gembira tapi ada kerisauan' - Adam Adli
Adam Adli menegaskan beliau akan sentiasa berhati-hati kerana tidak mahu tidak tersilap langkah.

Pelantikan timbalan menteri mengecewakan - Pemuda Gerakan
Pelantikan menteri dan timbalan menteri amat penting kerana melalui penempatan itu ia memberi signal tentang hala tuju yang ingin diambil.
![[LAPOR LANGSUNG] Pecat serta-merta andai ada Jemaah Menteri terlibat rasuah - PM [LAPOR LANGSUNG] Pecat serta-merta andai ada Jemaah Menteri terlibat rasuah - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/41670746717_AnwarIbrahim.jpg)
[LAPOR LANGSUNG] Pecat serta-merta andai ada Jemaah Menteri terlibat rasuah - PM
Anwar menegaskan beliau menekankan tata kelola yang baik dalam kerajaan dan tidak akan bertolak ansur sama sekali dengan rasuah.

KPWKM: Fokus perkasa penglibatan wanita dalam politik - Aiman Athira
Pemerkasaan penglibatan wanita dalam bidang politik antara yang akan diberi keutamaan di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Ewon cadang permuafakatan menteri, timbalan menteri Sabah untuk bela rakyat
Ewon berkata kesepakatan itu penting bagi membantu menjayakan wawasan murni Kerajaan Perpaduan terutama berkaitan kepentingan rakyat Sabah.

Timbalan Menteri sedia guna pengalaman, bantu Kerajaan Perpaduan
Barisan Timbalan Menteri yang baru dilantik bersedia menggunakan pengalaman sendiri dalam membantu kementerian masing-masing.

"Pilihan raya sudah tamat, jangan heret terlalu panjang perbalahan politik" - Adam Adli
Adam Adli bersedia untuk berdepan dengan cabaran yang bakal ditempuh dalam memastikan agenda kementerian dapat dilaksanakan.

Tiada timbalan menteri, Mohd Na'im hormati keputusan PM
Mohd Na'im berkata ketiadaan timbalan menteri tidak membantutkan usahanya menerajui dan menjaga hal ehwal berkaitan agama Islam di dalam negara.