awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bukan Jamilah tapi Pak Su Ammara, Que Haidar kembali jadi ‘lead’ untuk drama bersiri selepas 16 tahun
Nama anak boleh ditolak JPN? Fakta penting dan mengejutkan yang mama papa wajib tahu
Perkembangan pengoperasian LRT3 dimaklumkan sekitar Januari 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Chegubard dedah nama Adun tarik balik sokongan terhadap Wan Azizah

Irwan Muhammad Zain
Irwan Muhammad Zain
08/12/2014
08:31 MYT
Chegubard dedah nama Adun tarik balik sokongan terhadap Wan Azizah
BADRUL: Lima Adun Pakatan Rakyat telah menandatangani surat akuan bersumpah menarik sokongan terhadap Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. - Foto Fail
Anggota PKR yang digantung, Badrul Hisham Shahrain hari ini mendakwa lima Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat yang menandatangani surat akaun bersumpah menarik sokongan terhadap Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Badrul yang dikenali sebagai Chegubard berkata, lima Adun tersebut, tiga dari PKR dan dua dari DAP, menandatangani akuan bersumpah itu pada pada 11 September, beberapa hari selepas menytakan sokongan terhadap Wan Azizah untuk dilantik sebagai menteri besar Selangor.
Lima Adun yang didakwa Chegubard ialah Dr Xavier Jayakumar (PKR-Sri Andalas), Shuhaimi Shafie (PKR-Sri Muda), Amirudin Shari (PKR-Batu Caves), Ng Sze Han (DAP-Kinrara) dan Rajiv Rishyakaran (DAP-Bukit Gasing).
SD Xavier
SD Xavier
Akuan bersumpah yang didakwa ditandtangani oleh Dr Xavier Jayakumar (PKR-Sri Andalas) SD Ng Sze Han
SD Ng Sze Han
Akuan bersumpah yang didakwa ditandtangani oleh Ng Sze Han (DAP-Kinrara) SD Shuhaimi
SD Shuhaimi
Akuan bersumpah yang didakwa ditandtangani oleh Shuhaimi Shafie (PKR-Sri Muda) SD Rajiv
SD Rajiv
Akuan bersumpah yang didakwa ditandtangani oleh Rajiv Rishyakaran (DAP-Bukit Gasing)
SD Amir
SD Amir
Akuan bersumpah yang didakwa ditandtangani oleh Amirudin Shari (PKR-Batu Caves)
"Saya telah membuat laporan polis untuk mendapatkan pengesahan mengenai akuan bersumpah lima Adun tersebut.
"Akuan bersumpah ini menyatakan dengan jelas nama lima Adun Selangor yang mulanya dikatakan menandatangani surat sokongan terhadap Dr Wan Azizah, kemudiannya menarik sokongan tersebut," katanya dalam satu sidang media hari ini.
Katanya, salinan akuan bersumpah lima Adun itu diterima pada 1 November lalu dan sudah diserahkan kepada Ketua Umum, Presiden dan Jawatankuasa Disiplin PKR namun sehingga kini masih belum ada tindakan lanjut.
"Adakah PKR mengamalkan dua set undang-undang? Untuk biasa yang langgar arahan parti digantung dan dipecat tetapi untuk kelompok tertentu terus dilindungi?" katanya lagi.
Lima Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR Selangor masih belum dikenakan tindakan disiplin walaupun menarik balik sokongan terhadap Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar Selangor, kata Badrul Hisham Shaharin.
Bekas ketua cabang PKR Rembau itu berkata, salinan akuan bersumpah lima Adun itu diterima pada 1 November lalu dan sudah diutarakan kepada beberapa pemimpin kanan parti namun masih belum ada tindakan lanjut.
"Akuan bersumpah ini menyatakan dengan jelas nama lima Adun Selangor yang mulanya dikatakan menandatangani surat sokongan terhadap Dr Wan Azizah (kemudian) menarik sokongan tersebut.
PKR sebelum ini menggantung keahlian Badrul‎ kerana dikatakan mengeluarkan kenyataan mengenai parti di media.
Sementara itu, usaha Astro AWANI menghubungi Adun Batu Caves, Amirudin Shari yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan & Pembangunan Usahawan untuk mendapatkan penjelasan berhubung dakwaa Chegubard gagal.
Dalam sidang media itu juga, Chegubard turut mendakwa Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali memberi sokongan suapay Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ditarik balik penganugerahan Darjah Kebesaran Seri Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (S.S.S.A) diberikan pada 1992.
Beliau mendakwa, Azmin sebagai salah seorang anggota Dewan DiRaja Selangor turut bersetuju dengan empat alasan yang merumuskan Anwar sebagai derhaka.
"Jika keputusan menarik balik anugerah itu merupakan keputusan sebulat suara Dewan DiRaja Selangor, maka Azmin sebagai salah seorang anggotanya juga tentunya bersetuju supaya gelaran Datuk Seri yang dianugerah kepada Anwar ditarik balik," katanya.
Topic Berkaitan
#ADUN Pakatan Rakyat
#Badrul Hisham Shahrain
#Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
#laporan polis
#PKR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan