JOHOR BAHRU: Ahli Parlimen Sekijang Natrah Ismail hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung cubaan pihak tertentu untuk mendapatkan sokongannya terhadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Natrah, yang merupakan Ahli Parlimen daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), membuat laporan itu di SPRM Cawangan Segamat.
"Hari ini saya membuat satu laporan kepada pihak SPRM berkenaan satu kejadian percubaan mendapatkan sokongan saya terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin, dengan janji manfaat yang boleh saya peroleh dengan pemberian sokongan tersebut.
"Kejadian itu berlaku pada 3 Mac lepas dan melibatkan dua individu termasuk seorang yang bergelar Datuk Seri," menurutnya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata laporan itu dibuat berdasarkan Seksyen 25 Akta SPRM 2009 berhubung kewajipan melaporkan tawaran suapan dan berharap SPRM akan dapat menyiasat perkara tersebut dengan segera.
Semalam, Natrah dinasihati untuk tampil membuat laporan kepada SPRM susulan dakwaan ada individu cuba menyogok beliau supaya keluar daripada PKR.
SPRM memaklumkan Natrah perlu membuat aduan kepada SPRM jika menganggap perkara itu sebagai perlakuan rasuah.
Terdahulu, tular di media sosial dakwaan bahawa ada dua individu bertemu dengan Natrah dan cuba menyogok beliau supaya berpaling tadah daripada PKR dengan nilai tawaran RM10 juta selain dijanjikan jawatan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 07 2021
Natrah, yang merupakan Ahli Parlimen daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), membuat laporan itu di SPRM Cawangan Segamat. - Gambar/ Facebook
Allahyarham Tun Hanif Omar legenda PDRM - Razarudin
Tan Sri Razarudin Hussein menyifatkan Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar sebagai legenda besar dalam bidang kepolisan negara.
Tun Hanif Omar dikebumi di Makam Pahlawan
Jenazah Allahyarham akan dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Negara terlebih dahulu.
'Ayah letak tugas, kerjaya nombor satu' - Anak Tun Hanif
Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar meletakkan kerjaya yang melibatkan keselamatan rakyat serta negara sebagai perkara paling utama ketika hayatnya.
KPN ucap takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar
Razarudin mewakili keluarga Sang Saka Biru mengucapkan takziah kepada keluarga bekas KPN Tun Mohammed Hanif Omar.
Sofia Jane raih anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Secara keseluruhan naskhah arahan Badrul Hisham Ismail itu juga berjaya merangkul Anugerah Most Original Film.
Mesir, rakan usaha dapatkan gencatan senjata di Gaza
Mesir sedang berusaha mendapatkan satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar, kata Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry pada Jumaat.
MediaTek lancar cip Dimensity 6300 dengan teknologi 6nm
Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz.
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
Noktah kemiskinan tegar, isu kewarganegaraan dibincang bersama MPN PKR Sabah
Anwar yang juga Presiden PKR berkata MPN PKR Sabah telah mengutarakan kepentingan memesatkan usaha menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah.
Parlimen ucap takziah kepada keluarga bekas Ahli Parlimen Sekijang
Datuk Ramli Mohd Nor bagi pihak Parlimen dan ahli Dewan Rakyat menzahirkan ucapan itu sebelum sesi soal jawab pagi ini.
Bekas Ahli Parlimen Sekijang meninggal dunia
Bekas Ahli Parlimen Sekijang, Natrah Ismail meninggal dunia akibat kanser di Hospital Segamat pada Khamis.
Tak sampai 24 jam diumum menteri, Dr Zaliha 'dihujani' cadangan
Dr Zaliha berkata, Kementerian Kesihatan amat penting kerana menjadi fokus utama rakyat khususnya pada era pascapandemik COVID-19.
Tawaran RM10 juta lompat parti: SPRM Johor buka kertas siasatan
Azmi menggesa agar semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi berhubung perkara itu sehingga siasatan selesai dijalankan.
Dakwaan cuba disogok: Natrah buat laporan SPRM
Natrah, yang merupakan Ahli Parlimen daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), membuat laporan itu di SPRM Cawangan Segamat.
'Kaji penggunaan EMD kepada pesalah dadah' - Anuar
Evolusi dan kecanggihan boleh menyebabkan penggunaan EMD untuk penjenayah hanya menjadi sia-sia.