awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dakwaan ditawar untuk belot perlu disiasat - Ketua Penerangan PBS

Bernama
Bernama
25/07/2020
21:16 MYT
Dakwaan ditawar untuk belot perlu disiasat - Ketua Penerangan PBS
JONISTON BANGKUAI: Pemimpin-pemimpin Warisan perlu menghentikan semua drama dan sikap 'saya lebih suci' (holier than thou) dalam menolak tawaran yang dikatakan berjuta-juta. -Gambar fail
Dakwaan wakil rakyat dalam kerajaan negeri pimpinan Parti Warisan Sabah (Warisan) yang mereka ditawar 'wang berjuta' untuk belot, adalah pembohongan semata-mata, kata Ketua Penerangan Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Joniston Bangkuai.
Beliau berkata pihak berkuasa seharusnya memanggil mereka yang membuat dakwaan itu bagi memastikan kebenaran cerita mereka.
"Kenyataan bahawa mereka memilih untuk memberitahu media dan bukannya melaporkan apa yang didakwa "tawaran berjuta-juta" kepada pihak berkuasa, kelihatan seolah-olah mereka mempunyai motif tersembunyi.
"Pemimpin-pemimpin Warisan perlu menghentikan semua drama dan sikap 'saya lebih suci' (holier than thou) dalam menolak tawaran yang dikatakan berjuta-juta," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Beliau berkata Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berlu diingatkan bahawa wakil rakyat Barisan Nasional yang menyertai partinya berbuat demikian kerana perubahan kepimpinan kerajaan di peringkat nasional selepas pilihan raya ke-14.
"Oleh itu Mohd Shafie seharusnya faham bahawa perlunya kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya adalah punca yang mencetuskan kemungkinan wakil rakyat meninggalkan kerajaan pimpinan Warisan," tambahnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#kerajaan
#Media
#Mohd Shafie Apdal
#Parti Warisan Sabah
#PBS
#pilihan raya
#presiden
#Putrajaya
#rakyat
#Shafie Apdal
#Warisan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan