awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dakwaan rasuah: Masidi Manjun tetap fokus jalankan tanggungjawab kepada rakyat

Astro Awani
Astro Awani
09/01/2025
10:52 MYT
Dakwaan rasuah: Masidi Manjun tetap fokus jalankan tanggungjawab kepada rakyat
Masidi menegaskan bahawa tanggungjawab sebagai wakil rakyat tetap menjadi keutamaan, di sebalik dakwaan video tular berkaitan isu rasuah yang mengaitkan dirinya. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Menteri Kewangan Negeri Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, menegaskan bahawa tanggungjawab sebagai wakil rakyat tetap menjadi keutamaan, di sebalik dakwaan video tular berkaitan isu rasuah yang mengaitkan dirinya.
Masidi berkata beliau memilih untuk memberi fokus kepada tugasan dan tanggungjawabnya, serta menekankan bahawa isu berkenaan tidak akan menghalangnya daripada melaksanakan tugas sebagai pemimpin.
"Tetapi secara peribadi, saya berpindah ke luar isu tersebut supaya saya boleh melakukan tugas saya.
"Ini bagi saya adalah, saya tidak tahu apa yang anda panggilnya (tetapi) ini adalah satu- satunya kekecewaan yang akan berlaku.
"Ia tidak sepatutnya menghalang kita daripada menjalankan tugas kerana pada akhirnya, kita diundang sebagai wakil rakyat dan sepatutnya melakukan tugas sebagai wakil rakyat," katanya ketika ditemui media selepas majlis penyerahan kepala patung singa sempena Sambutan Tahun Baharu Cina 2025, di Kota Kinabalu pada Khamis.
Dalam masa sama, Masidi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karanaan menambah, beliau meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam menjalankan siasatan secara adil dan telus berkaitan isu tersebut.
Setiausaha Agung Gabungan Rakyat Sabah (GRS) itu turut menegaskan bahawa beliau akan memberikan kerjasama penuh kepada SPRM bagi menyelesaikan isu berkenaan.
Sebelum ini, beliau secara sukarela hadir ke ibu pejabat SPRM Sabah untuk memberi keterangan berkaitan video membabitkan dirinya yang didakwa memaparkan perbualan didakwa berunsur rasuah.
Topic Berkaitan
#Masidi Manjun
#Isu rasuah Masidi Manjun
#SPRM
#video tular
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan