awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan sedia beri ruang kebebasan media lebih terbuka - PM
Kerajaan selesai bayar balik lebihan cukai RM22.45 bilion pada 2025, tertinggi dalam lima tahun
Tahun Baharu Cina: Lapangan terbang serantau perkukuh pemantauan virus Nipah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dana RM90 juta: Pas tetap berpegang pada janji - Abdul Hadi

Astro Awani
Astro Awani
13/02/2019
03:53 MYT
Dana RM90 juta: Pas tetap berpegang pada janji - Abdul Hadi
Pas teguh dengan persetujuan yang telah dicapai kedua-dua pihak berhubung penarikan balik tuntutan saman terhadap Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown.
Pas teguh dengan persetujuan yang telah dicapai kedua-dua pihak berhubung penarikan balik tuntutan saman terhadap Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown.
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pihaknya tetap berpegang dengan persetujuan itu.
"Yang saya tahu kedua-dua pihak setuju tarik balik dan masing-masing juga setuju akan menyimpan rahsia. Dia (Rewcastle Brown) setuju. Kalau dia hendak buka rahsia itu terpulang kepadanya. Saya tidak buka apa yang saya tahu," katanya.
Ahli Parlimen Marang itu juga menjelaskan keputusan penarikan saman yang dilakukan adalah tindakan wajar.
"(Penarikan) itu wajar kerana ia tindakan politik. Pas menang pilihan raya dan kita sudah menang di Kelantan dan bertahan di Terengganu. Malah, kita sudah ambil Kedah, kita dapat kerusi paling besar iaitu 90 kerusi," katanya.
Sebelum ini, Abdul Hadi memutuskan untuk memuktamadkan penyelesaian di luar mahkamah berhubung kes saman beliau terhadap Rewcastle Brown.
Abdul Hadi memfailkan saman fitnah terhadap Rewcastle Brown di Mahkamah Tinggi London pada 21 April 2017 berhubung laporan Sarawak Report pada 6 Ogos 2016.
Laporan itu antara lain mendakwa Abdul Hadi selaku Presiden Pas menerima dana sebagai usaha menarik sokongan parti itu menyokong Barisan Nasional (BN) dan UMNO.
Topic Berkaitan
#Abdul Hadi Awang
#Barisan Nasional
#BN
#dana RM90 juta
#fitnah
#London
#mahkamah
#PAS
#pilihan raya
#politik
#saman
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan