awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DAP akan terus berkhidmat di Pujut

Bernama
Bernama
11/02/2020
22:44 MYT
DAP akan terus berkhidmat di Pujut
CHONG: Sejak terpilih, Dr Ting telah membuktikan bahawa beliau adalah seorang wakil rakyat yang rajin dan berdedikasi. - Gambar fail
DAP akan terus berkhidmat di kawasan Dewan Undangan Negeri Pujut di Miri sehingga tamat penggal pentadbiran, walaupun ahlinya Dr Ting Tiong Choon dilucutkan dari kedudukan beliau sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pada Selasa.
Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen dalam satu kenyataan berkata walaupun parti itu kecewa dengan keputusan mahkamah tertinggi negara, ia tidak akan menghalang mereka daripada terus memberikan perkhidmatan, terutama kepada penduduk di Pujut.
"Sejak terpilih, Dr Ting telah membuktikan bahawa beliau adalah seorang wakil rakyat yang rajin dan berdedikasi.
"Oleh itu walaupun dengan pelucutan jawatannya, pusat perkhidmatan beliau akan terus beroperasi sebagai pusat perkhidmatan DAP dan beliau akan terus berkhidmat sehingga tamat penggal," katanya.
Panel sembilan hakim Mahkamah Persekutuan pada Selasa memutuskan bahawa tindakan Dewan Undangan Negeri Sarawak membatalkan kedudukan Dr Ting sebagai ADUN Pujut adalah betul disebabkan status dua kewarganegaraan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ADUN
#Chong Chieng Jen
#dua kewarganegaraan
#DUN Pujut
#kecewa
#keputusan mahkamah
#Mahkamah Persekutuan
#Ting Tiong Choon
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan