awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DAP pecat lapan ahli kerana sokong wakil rakyat lompat parti

Bernama
Bernama
01/09/2020
11:16 MYT
DAP pecat lapan ahli kerana sokong wakil rakyat lompat parti
DAP pecat serta-merta lapan ahlinya yang menghadiri sidang media ADUN Buntong, A. Sivasuramaniam yang umum keluar parti dan sertai Gerakan.
DAP memecat serta-merta lapan ahlinya yang menghadiri sidang media Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buntong, A. Sivasuramaniam yang mengumumkan keluar DAP dan menyertai parti Gerakan pada 26 Jun lepas.
Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Chong Chieng Jen berkata, mereka ialah Dan Adriel Daniel Velloo, Angeline Phillip Joe Phillip, P. Murugiah, Joseph Hendry Kovil Pillai John, Amir Abdullah, R. Marimutu, S. Theivanai dan William John Johin Bin.
Kesemua mereka telah diberi surat tunjuk sebab namun gagal mengemukakan alasan tindakan mereka, justeru, selepas menimbang kes terbabit, jawatankuasa disiplin memutuskan keahlian mereka dalam parti ditamatkan dengan serta-merta, katanya dalam kenyataan hari ini.
Chong berkata tindakan serupa akan diambil terhadap mereka yang menyokong ahli yang menerima jawatan daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN) atau masih membantu wakil rakyat DAP yang mengkhianati perjuangan parti.
Pada 7 Julai lepas, DAP memecat tiga ahlinya iaitu Kong Lai Ling, Ng Sook Whye dan Khi Poh Chong kerana didapati aktif membantu ADUN Tronoh Paul Yong Choo Kiong yang telah dipecat selepas mengumumkan keluar parti dan memberi sokongan kepada PN. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#A Sivasuramaniam
#ADUN Buntong
#DAP
#GERAKAN
#lapan ahli
#pecat
#Perikatan Nasional
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan