Demografi bukan satu-satunya faktor utama yang diambil kira dalam menentukan calon Barisan Nasional (BN) yang bakal bertanding Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai, bulan hadapan.
Sebaliknya, penentuan calon juga perlu mengambil kira semangat 'kekitaan' atau muafakat dalam parti komponen BN, kata Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Mah Hang Soon.
"Kalau semua perhitungan adalah berdasarkan kepada majoriti yang paling banyak (demografi atau jumlah penduduk paling ramai), jadi untuk pilihan raya akan datang ini, di mana kita kena letak kerusi MCA?
"Jadi, perkiraan atau perhitungannya bukanlah sahaja dari segi jumlah penduduk (pengundi), peratusannya (peratusan pengundi) ataupun demografinya sahaja.
"Yang paling penting adalah saya rasa seperti mana yang telah diungkitkan dan dibangkitkan secara inklusiviti dalam penyatuan ummah. Kita kena bergerak ke depan sebagai satu pasukan," katanya dalam satu temu bual dengan Bernama mengenai persiapan parti itu menghadapi PRK Parlimen Tanjung Piai di sini, pada Sabtu.
Sementara itu, ketika ditanya sama ada kenyataan beliau itu bermaksud 'MCA tidak kisah sesiapapun calon yang akan diletakkan asalkan membawa kemenangan kepada BN', Mah berkata ia bukanlah begitu.
"Jangan kita terus terlampau membicarakan perkara ini sampai kita terlalu ghairah nakkan... Apa yang saya katakan ini untuk semua pihak. Pada saya, serahkan dan berikan ruang kepada pucuk kepimpinan tertinggi dan saya pasti pucuk kepimpinan tertinggi BN telahpun berbincang mengenai perkara ini dan akan membuat keputusan yang terbaik," kata beliau.
Meskipun begitu, pihaknya tidak menafikan bahawa MCA adalah parti yang 'sangat sesuai' untuk meletakkan calon bertanding mewakili BN.
"Kalau kita lihat, memang saya rasa MCA ini sangat sesuai untuk kita letakkan calon. Ini bukan satu desakan tetapi saya rasa perhitungan dari semua segi.
"Kalau kita lihat betul-betul, memang kita mempunyai calon yang sangat sesuai dan saya rasa kalau dibuat keputusan sebegitu (iaitu) diletakkan calon MCA, maka, hendaklah kita (parti komponen BN lain) berikan sokongan yang sepenuhnya," katanya.
Mengikut rekod, Tanjung Piai adalah kerusi tradisi MCA sebelum dirampas oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lepas.
Kawasan Tanjung Piai mempunyai pecahan kira-kira 57 peratus pengundi Melayu, 42 peratus (Cina) dan satu peratus (India).
PRK Parlimen Tanjung Piai yang merupakan PRK kesembilan selepas PRU14 diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Dr Md Farid Md Rafik, 42, yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 21 Sept lepas, berikutan komplikasi jantung.
Pada PRU14, Dr Md Farid yang juga seorang pakar bius dan Timbalan Ketua Bersatu Bahagian Tanjung Piai memenangi kerusi Parlimen itu dengan majoriti 524 undi menewaskan Datuk Seri Wee Jeck Seng (BN-MCA) dan Nordin Othman (PAS).
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 05 2019
Penentuan calon juga perlu mengambil kira semangat 'kekitaan' atau muafakat dalam parti komponen BN, kata Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Mah Hang Soon. - Gambar fail
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Manchester City himpit Arsenal
Gawang The Seagulls robek lagi kali ini menerusi bintang meningkat naik Phil Foden dengan gol pada minit ke-26 dan 34.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
Penstrukturan Akaun KWSP: Seimbangkan disiplin, fleksibiliti dalam pengurusan kewangan
Semua caruman selepas tarikh berkenaan akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan iaitu sebanyak 75 peratus ke dalam Akaun Persaraan, 15 peratus Akaun Sejahtera dan 10 peratus Akaun Fleksibel. Bagaiman akaun yang distruktur kepada tiga akaun mampu membawa pengurusan kewangan yang lebih cekap?
Rumah Terbuka Selangor Sabtu ini
Majlis akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti, juadah menarik serta persembahan daripada penyanyi terkenal tanah air.
Ipoh White Coffee disenarai ke-10 kopi terbaik dunia
Ipoh White Coffee menduduki tempat ke-10 dalam senarai 39 kopi terbaik di dunia yang diterbitkan laman web TasteAtlas pada 15 Mac lalu.
Tesla tawar potongan harga sehingga RM8,000
Tesla Model Y yang dijual bermula 20 Julai 2023 pada harga asal RM199,000 kini dijual pada harga RM191,000.
Lelaki parah kereta terbabas langgar pokok
Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan muka.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN sokong mana-mana calon daripada Kerajaan Perpaduan
Calon yang dipilih berdasarkan persefahaman bersama dalam kalangan BN, Pakatan Harapan (PH) atau parti-parti komponen yang lain.
Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin
Katanya, matlamat beliau hanya untuk membantu parti UMNO kembali bangkit menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.
Tengku Zafrul diberi tugas khas - Zahid Hamidi
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz diberi tugas khas untuk menyusun strategi aktiviti politik di luar kerangka UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Kerajaan pandang serius pihak main sentimen rakyat - Asyraf Wajdi
Mesyuarat sepakat agar kerajaan bertindak tegas menurut lunas-lunas perundangan dan tidak berkompromi dengan sebarang tindakan melampau yang boleh menjejaskan kestabilan negara ini.
BN hormati kerusi DUN milik rakan dalam Kerajaan Perpaduan, sokong bakal calon
BN menghormati kerusi DUN Kuala Kubu Baharu yang dimiliki oleh rakan parti dalam Kerajaan Perpaduan dan akan menyokong calon yang dipilih oleh Anwar.
UMNO bertemu akar umbi bagi perkukuhkan parti
Ia bagi memberi penjelasan terhadap isu-isu yang menjadi persoalan buat mereka bagi memperkukuhkan lagi parti itu.
Muhyiddin label kerajaan PH-BN ‘desperado’
Ahli Parlimen Pagoh itu turut mencabar kerajaan isytiharkan enam kerusi Parlimen dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor dikosongkan.
BN sedia letak calon jika enam kerusi bersatu dikosongkan - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) sedia meletakkan calon bagi merebut kembali kerusi disandang Ahli Parlimen Bersatu sekiranya pengosongan enam kerusi berkenaan berlaku.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 28 Februari 2024.
Mahkamah tolak rayuan calon BN, Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah
Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan calon BN untuk membatalkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).