awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dewan Terengganu bersidang tanpa pembangkang

Bernama
Bernama
01/10/2023
03:10 MYT
Dewan Terengganu bersidang tanpa pembangkang
Pada PRN Terengganu yang berlangsung 12 Ogos lepas, gabungan Pas dan Bersatu buat julung kalinya memenangi kesemua 32 kerusi yang dipertandingkan. - Foto BERNAMA
KUALA TERENGGANU: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu kali ke-15 yang bermula di sini hari ini mencipta sejarah dengan ketiadaan blok pembangkang.
Ia berikutan kemenangan Perikatan Nasional (PN) yang menyapu bersih semua kerusi DUN pada Pilihan Raya Negeri (PRN), Ogos lepas.
Tirai sesi persidangan DUN Terengganu berlangsung dengan Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Pertama DUN ke-15 yang menyaksikan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat menyempurnakan istiadat tersebut.
Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Speaker DUN Terengganu Mohd Nor Hamzah dan Timbalan Speaker Khazan Che Mat.
Pada PRN Terengganu yang berlangsung 12 Ogos lepas, gabungan Pas dan Bersatu buat julung kalinya memenangi kesemua 32 kerusi yang dipertandingkan.
Ia sekali gus menyaksikan tiada wakil pembangkang dalam DUN bagi penggal kali ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#DUN Terengganu
#pembangkang
#PRN Terengganu
#Perikatan Nasional
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan