awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Diajak 'berlawan', ini kata Bung kepada Mongin

Sinar Harian
Sinar Harian
08/08/2018
09:27 MYT
Diajak 'berlawan', ini kata Bung kepada Mongin
Menerusi tulisan Morgin di Twitternya beliau mendakwa Bung (gambar) banyak melakukan kesilapan di Parlimen. - Gambar fail
Ahli Parlimen (BN-Kinabatangan) Datuk Bung Mokhtar Radin tidak mengendahkan desakan ahli Parlimen (PH-Puncak Borneo), Willie Mongin yang mahu 'berlawan' dengannya.
Sebaliknya, Bung membalas pelawaan ajakan itu dengan nasihat kepada ahli Parlimen muda berkenaan.
"Kita ini wakil rakyat dan dia masih muda, kena belajarlah etika Dewan Rakyat, sila baca buku peraturan semua ada," katanya di Parlimen hari ini.
Bung berkata demikian mengulas cabaran Morgin yang mahu berlawan dengannya.
Insiden itu, rentetan daripada sesi perbahasan di Dewan Rakyat yang membawa kepada perbalahan mereka berdua.
Menerusi tulisan Morgin di Twitternya beliau mendakwa Bung banyak melakukan kesilapan di Parlimen.
Justeru katanya, jika Bung bertegas mahu bergaduh, beliau terima cabarannya untuk satu lawan satu di gelanggang.
"Belum cuba belum tahu...
"Cuma beritahu tarikh dan masa YB Bung Mohtar," tulisnya di Twitter semalam.
Mengulas perkara ini, Bung berkata sekiranya Mongin nak berlawan beliau akan cadangkan dia jumpa peninju dari Filipina dan Juara Dunia, Manny Pacquiao.
"Kita ini orang politik bukan hendak bertinju, kita nak bangunkan masyarakat negara dan rakyat.
"Saya YB, jiwa saya membangun rakyat bukan untuk berlawan di gelanggang kalau nak berlawan di gelanggang tidak perlu jadi YB, kita cadangkan kalau nak bertinju silakan kita akan sediakan gelanggang kita akan bawakan orang untuk bertinju dengannya," katanya.
Topic Berkaitan
#Bung Mokhtar Radin
#Dewan Rakyat
#Parlimen
#politik
#Willie Mongin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan