awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
FMM saran daya saing kos yang lebih baik untuk sokong pertumbuhan pembuatan
Pendidikan sivik penting bendung tabiat membuang sampah - Lee Lam Thye
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Diarah menghadap Tribunal Lembaga Disiplin UMNO, Tun Faisal tuntut tiga permintaan

Hafizi Rosli
Hafizi Rosli
25/02/2021
05:18 MYT
Diarah menghadap Tribunal Lembaga Disiplin UMNO, Tun Faisal tuntut tiga permintaan
Datuk Tun Faisal Ismail Aziz menuntut tiga perkara kepada Tribunal Lembaga Disiplin UMNO sebelum beliau diarahakan untuk menghadiri sesi berkenaan. - Gambar/Facebook
Kuala Lumpur: Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz menuntut tiga perkara kepada Tribunal Lembaga Disiplin UMNO sebelum beliau diarahkan untuk menghadiri sesi tribunal berkenaan.
Permintaan berkenaan, jelas beliau, bagi menjamin dan memastikan proses pendengaran dan membuat keputusan tribunal ini dilaksanakan secara adil dan telus.
Tiga tuntutan Tun Faisal ialah senarai nama anggota tribunal iaitu merangkumi pengerusi dan anggotanya serta nama pengadu atau nama UMNO Bahagian yang membuat aduan dan apakah butiran aduan asal dan peraturan-peratuan yang didakwa telah beliau langgari.
Permintaan ketiga yang digariskan ialah membenarkan beliau membawa dua orang pengamal undang-undang untuk turut hadir bersama sebagai pemerhati dan menjadi pihak yang boleh menasihati dirinya.
Beliau berharap permintaannya dapat dipenuhi memandangkan proses dan ketelusan tribunal amat penting bagi memastikan UMNO dilihat adil dan ketepikan persepsi bahawa Lembaga Disiplin dipergunakan untuk memenuhi kepentingan individu tertentu dalam parti.
Tun Faisal diarahkan untuk menghadiri Tribunal Lembaga Disiplin UMNO pada 1 Mac ini di ibu pejabat parti berkenaan di Menara Dato Onn, di sini.
Sumber Facebook tunfaisalismail.aziz
Topic Berkaitan
#UMNO
#Tun Faisal
#Lembaga Disiplin UMNO
#tiga tuntutan
#Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan