awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Diplomasi Orde Baharu Antarabangsa perlukan komunikasi berkesan
Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh hampir 16 bulan
Ringgit terus mengukuh cecah paras 4.04, tertinggi hampir lima tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dr Sahruddin, Dominic diangkat jadi Pengerusi PN Johor, Pulau Pinang - Muhyiddin

Firdaus Azil
Firdaus Azil
12/06/2022
08:48 MYT
Dr Sahruddin, Dominic diangkat jadi Pengerusi PN Johor, Pulau Pinang - Muhyiddin
Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perkara tersebut dicapai dalam mesyuarat Majlis Tertinggi PN yang dipengerusikan beliau pada Sabtu.
KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Besar Johor Datuk Seri Dr Sahruddin Jamal, telah dilantik menjadi Pengerusi Badan Perhubungan Perikatan Nasional (PN) Johor yang baharu, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Pengerusi PN, yang juga bekas Perdana Menteri itu berkata, perkara tersebut dicapai dalam mesyuarat Majlis Tertinggi PN yang dipengerusikan beliau pada Sabtu.
Selain itu, Ahli Parlimen Pagoh itu berkata, Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai, telah dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan PN Pulau Pinang.
Menerusi satu kenyataan di Facebooknya, Muhyiddin berkata, antara pemimpin kanan PN yang hadir selain Dr Sahruddin dan Dominic ialah Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang; Presiden Solidariti Tanah Airku (Star) Sabah, Datuk Seri Jeffrey Kitingan, dan Presiden Parti Progresif Sabah (SAPP) Datuk Seri Yong Teck Lee.
BACA: Dr Sahruddin kini Pengerusi BPN Bersatu Johor yang baharu
“Mesyuarat Majlis Tertinggi mengambil maklum tentang perbincangan tidak rasmi saya dengan pimpinan parti-parti politik yang lain.
“Mesyuarat juga membuat ketetapan untuk terus memperkasakan Perikatan Nasional dan memperkukuhkan gerak kerja parti komponen Perikatan Nasional dalam persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan mendepani isu- isu semasa yang dihadapi rakyat amnya,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Perikatan Nasional
#Muhyiddin Yassin
#Dominic Lau
#Dr Sahruddin Jamal
#GERAKAN
#Bersatu
#PAS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan