awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ezam keluar PPBM selepas tiga bulan sertainya

Astro Awani
Astro Awani
31/12/2016
00:49 MYT
Ezam keluar PPBM selepas tiga bulan sertainya
Mohamad Ezam mahu menumpukan perhatian terhadap Badan Bukan Kerajaan (NGO) anti rasuah Hisbah Centre For Reform (Hisbah) yang dipengerusikannya. - Gambar fail
Selepas tiga bulan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), bekas senator Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor mengambil keputusan keluar dari parti serpihan UMNO itu, lapor Malaysiakini.
Mohamad Ezam dilaporkan telah memberitahu setiausaha agung PPBM mengenai pendiriannya keluar dari parti itu melalui sepucuk surat.
Beliau dilaporkan mahu menumpukan perhatian terhadap Badan Bukan Kerajaan (NGO) anti rasuah Hisbah Centre For Reform (Hisbah) yang dipengerusikannya.
Bekas setiausaha politik Datuk Seri Anwar Ibrahim itu berkata mesyuarat tahunan lembaga pengarah Hisbah meminta beliau memberi perhatian kepada kemelut 1MDB dakwaan berkaitan Felda.
“Atas sebab itu saya secara rasmi hantar surat undur diri dari BERSATU kepada setiausaha agung.
“Tidak ada sama sekali soal masalah dalaman parti. Saya tidak pernah terlibat dalam pimpinan parti sama sekali dan saya tidak mahu dilibatkan,” katanya seperti dilaporkan Malaysiakini.
Untuk misi antirasuah melalui Hisbah itu, kata Ezam lagi, beliau akan bekerjasama dengan semua pihak, termasuk PPBM.
Mohamad Ezam berkata telah menghantar surat pengundurannya seminggu lalu.
Topic Berkaitan
#keluar parti
#Mohamad Ezam Mohd Nor
#PPBM
#Rasuah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan