KUALA LUMPUR:Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan UMNO perlu memikirkan langkah berbeza supaya penyatuan antara kedua-dua parti tidak longgar dan terus diperkukuhkan.
Naib Ketua Srikandi Bersatu, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, parti itu sendiri kini sedaya upaya menjaga hubungan selain berusaha memperkukuhkan gabungan Perikatan Nasional (PN).
"Ia perlu dilakukan dengan menghormati antara satu sama lain dan tidak menimbulkan sebarang masalah walaupun ada pelbagai rungutan dan juga perkara berlaku. Kita menghormati arahan Presiden dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk sentiasa menghormati rakan kita dan meneruskan khidmat kepada masyarakat.
"Kita berhadapan dengan COVID-19 dan ekonomi tidak berapa baik. Kita juga hendak mulakan tahun baharu dengan pelbagai agenda rakyat. Kalau asyik berpolitik, kita akan memberi imej yang tidak baik kepada masyarakat, sedangkan masyarakat berhadapan situasi getir hari ini," katanya ketika dihubungi pada Isnin.
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini berkata, melalui kajian awal, 143 bahagian UMNO menyatakan tidak mahu bekerjasama dengan Bersatu pada pilihan raya umum akan datang.
BACA: Usul tolak kerjasama dengan Bersatu dibincang Rabu ini - Presiden UMNO
Mengulas lanjut, Mas Ermieyati, berkata Srikandi Bersatu akan menghormati apa sahaja keputusan yang bakal diambil Muhyiddin dan pucuk pimpinan parti.
Ujarnya, ia akan mengambil kira pelbagai aspek selain mengelakkan pengakhiran yang berpecah belah sekali gus merugikan orang Melayu.
Setakat ini UMNO mempunyai 38 Ahli Parlimen, termasuk 11 orang menteri penuh selain beberapa orang daripada mereka menjadi pengerusi syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
Sementara itu, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Tun Faisal Ismail Aziz berkata, UMNO memerlukan sesi penerangan mengenai isu kerjasama dengan Bersatu sebelum Perhimpunan Agung UMNO akhir bulan ini.
Setakat ini, maklumat sebenar masih tidak sampai kepada akar umbi.
"Sebenarnya dari sekarang, sebelum Perhimpunan Agung UMNO ini, kena ada sesi penerangan yang benar-benar lengkap supaya akar umbi dapat maklumat sebelum (memutuskan) menolak atau bersama (Bersatu).
"Setakat ini maklumat sebenar tidak sampai. Ada yang nak putuskan hubungan tetapi tak pernah cakap dan ada yang tak nak ada kerjasama dengan Anwar dan DAP. Jadi itu kena jelas, baru akar umbi dapat buat keputusan sebaiknya.
"Jadi ceritakan penerangan sebenarnya apa yang berlaku selepas PRN Sabah, rundingan kerusi, isu jawatan, kena jelaskan akar umbi supaya mereka faham termasuk mengenai hala tuju, sama nak pergi solo, nak ke PKR atau DAP, dan hubungan dengan Pas macam mana," katanya semasa dihubungi Astro AWANI pada Isnin.
UMNO Bahagian Putrajaya pada Ahad membuat ketetapan menyokong kepimpinan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri walaupun terdapat gesaan agar parti itu menolak kerjasama dengan Bersatu.
Ketuanya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, dilaporkan berkata bahagian itu juga meminta semua Ahli Parlimen UMNO untuk meneruskan kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN).
Wan Syamsul Amly, Rahimah Abdullah
Mon Jan 04 2021
Mas Ermieyati berkata, parti itu sendiri kini sedaya upaya menjaga hubungan selain berusaha memperkukuhkan gabungan Perikatan Nasional (PN).
Ketua angkatan tentera Kenya maut dalam tragedi helikopter terhempas
Sembilan mangsa lain dalam helikopter itu juga terbunuh, sementara dua lagi yang terselamat berada dalam keadaan kritikal.
Penunggang motosikal maut tercampak 30 meter dari jejantas
Mangsa mengalami pendarahan aktif pada muka dan telinga kiri, patah tangan serta kaki kiri.
Freedom Flotilla: Delegasi Malaysia dijadual hadiri latihan tanpa kekerasan Sabtu ini
Non violence training bertujuan mempersiapkan setiap peserta bagi mendepani sebarang kemungkinan sekiranya berlaku sebarang provokasi.
MATRADE rangka strategi perdagangan atasi cabaran geopolitik
Mohd Mustafa berkata, kesemua 49 pejabat MATRADE di luar negara telah diarahkan melakukan analisis mengenai pendedahan risiko geopolitik di kawasan masing-masing.
AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
AS berkata sebuah negara Palestin yang merdeka harus ditubuhkan melalui rundingan terus antara Israel dan Pihak Berkuasa Palestin.
Pendigitalan penjagaan kesihatan, pembaharuan pembiayaan jadi keutamaan KKM - Dzulkefly
Pendigitalan penjagaan kesihatan, bersama-sama dengan pembaharuan pembiayaan kekal menjadi keutamaan Kementerian Kesihatan (KKM).
[LAPOR LANGSUNG] Peserta Gaza Freedom Flotilla dari Malaysia tiba di Istanbul
Kesemua mereka dijadual menetap di Istanbul selama dua hari bagi menyertai non-violence training dikendalikan FFC.
Orang ramai perlu berani lapor kes dera - Nancy
Perkara itu boleh dilaporkan secara terus melalui Talian Kasih 15999 yang dikendalikan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
Peserta industri Labuan IBFC rayu MOF benarkan aktiviti perdagangan
Peserta industri IBFC Labuan mengemukakan rayuan kepada Kementerian Kewangan bagi pertimbangan supaya membenarkan kegiatan perdagangan dalam lingkungan pusat itu.
Sokong PM: Bersatu ambil tindakan terhadap 7 wakil rakyat selepas Aidilfitri
Perkara dilakukan mereka bertentangan dengan dasar dan perlembagaan parti yang memungkinkan kerusi mereka dikosongkan.
Kes rasuah, pengubahan wang haram Adam Radlan: Bekas pengurusan JPM, MoF akan dipanggil
Bekas pengurusan tertinggi JPM dan MoF adalah antara 47 saksi pendakwaan yang akan dipanggil memberi keterangan dalam perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram Adam Radlan.
Lebih ramai pemimpin, pengasas Bersatu dijangka sertai PKR - Muhammad Faiz
Bekas Ahli MPT Bersatu Dr Muhammad Faiz Na'aman menjangka lebih ramai pemimpin dan pengasas parti itu di semua peringkat akan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Cabar kosongkan kerusi sebab bimbang ada 'tangan ghaib'- Muhyiddin
Tindakan mencabar Kerajaan Perpaduan mengisytihar enam kerusi Parlimen dan satu DUN dikosongkan dibuat kerana bimbang wujud 'tangan ghaib'.
'Ramai sudah mula hilang keyakinan kepada Bersatu' - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata semakin ramai orang sudah hilang keyakinan kepada pembangkang terutama Bersatu.
Tiada ADUN lain akan ikut jejak Abdul Rashid
Menurutnya, tindakan ADUN Selat Klang itu juga tidak dipersetujui oleh wakil rakyat lain kerana dianggap membelot kepada pengundi.
Bersatu akan berdepan krisis perlembagaan parti - Puad
Ia susulan tindakan ADUN Selat Klang isytihar sokongan kepada MB ketika parti itu baru meluluskan pindaan perlembagaan.
PRK: Pas sedia tanding kerusi Jeli, Gua Musang
Difahamkan tindakan itu susulan Bersatu membuat pindaan perlembagaan parti itu pada Sabtu.
Pindaan perlembagaan akan beri kesan kepada enam MP Bersatu – Muhyiddin
Pindaan perlembagaan Bersatu akan memberi kesan kepada kedudukan enam Ahli Parlimen yang menyokong Perdana Menteri.
Jana Wibawa: 47 saksi akan beri keterangan terhadap Adam Radlan
Saksi-saksi ini akan memberi keterangan berdasarkan pernyataan saksi dan dokumentasi bagi semua kes terbabit telah pun diserahkan kepada pihak pembelaan.