KUANTAN:Tidak timbul isu parti mana yang lebih dominan sekiranya gabungan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), PAS dan UMNO dibentuk bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti, kata Setiausaha BERSATU Pahang Datuk Saifuddin Abdullah.
Menteri Komunikasi dan Multimedia itu berkata, dalam situasi kini, semua pihak harus berlapang dada dan bersama-sama memikirkan kepentingan serta kebajikan rakyat.
"Politik hari ini harus dilihat dari sudut semasa, jangan terikut-ikut kerangka politik lama dahulu yang akan membuatkan kita sukar untuk bergerak kerana apa yang penting kini rakyat didahulukan.
"Kita perlu bersifat terbuka dan isu siapa tumpang (menumpang) dan dominan tidak seharusnya timbul dalam membentuk gabungan parti Melayu ini...gabungan ini harus diberi peluang untuk berkhidmat," katanya pada sidang media selepas Program Indera Mahkota Prihatin, di sini, hari ini.
Semalam Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan berkata adalah baik jika semua pemimpin Melayu dan Islam di negara ini dapat bersatu dalam sebuah jemaah yang besar, berbanding berpecah-belah dalam kabilah-kabilah kecil sekali gus dapat mewujudkan kestabilan politik di Malaysia.
Saifuddin menjelaskan pindaan perlembagaan BERSATU yang membolehkan orang bukan Melayu dan Islam menjadi ahli bersekutu parti itu menunjukkan keterbukaan parti berkenaan.
"Kita mengalu-alukan mereka menyertai BERSATU kerana kita masih menghormati dan mengiktiraf agama lain selari dengan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan iaitu Islam sebagai agama Persekutuan manakala penganut agama lain bebas mengamalkan anutan masing-masing," katanya.
Sementara itu, mengulas mengenai program berkenaan, Ahli Parlimen Indera Mahkota itu berkata beliau menyampaikan bantuan makanan dan wang tunai kepada 50 penerima dari kawasan Parlimen itu.
Selain itu, beliau berkata sebuah rumah penjagaan orang tua juga akan dibaik pulih dan dinaik taraf pada tahun depan membabitkan peruntukan sebanyak RM200,000.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 29 2020
Saifuddin berkata semua pihak harus berlapang dada dan bersama-sama memikirkan kepentingan serta kebajikan rakyat.
Gabung 'soft' dan 'hard policy' untuk didik masyarakat tentang pemakanan sihat - Pakar
Kos sara hidup yang tinggi menjadi antara faktor kenapa masyarakat lebih memilih makanan kurang sihat kerana harganya yang lebih murah.
Kru Shenzhou-18 berjaya masuk stesen angkasa Tiangong
Kru Shenzhou-18 China berjaya memasuki stesen angkasa Tiangong selepas kapal angkasa yang dinaiki mereka bercantum dengan kombinasi stesen angkasa secara automatik pada 5.04 pagi Jumaat.
Kemas kini Windows 11 papar iklan pada menu Start, bagaimana untuk matikannya?
Microsoft memberi ruang untuk pengguna Windows 11 menyembunyikan paparan iklan berkenaan.
AWANI Ringkas: Ketelusan boleh elak pembaziran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemilik stesen minyak diminta lapor KPDN jika diancam sindiket
Beliau berkata KPDN akan merahsiakan maklumat diterima kerana sedar ada pemilik stesen minyak yang enggan membuat laporan walaupun diancam.
Indeks harga pengeluar Malaysia naik 1.6 peratus
Indeks Harga Pengeluar Malaysia yang mengukur perubahan harga barangan di peringkat pengeluar, meningkat 1.6 peratus pada Mac 2024.
Kadar penerimagunaan 5G hampir 36 peratus, liputan 80.3 peratus - Fahmi
Kadar penerimagunaan 5G di negara ini telah mencecah hampir 36 peratus setakat pertengahan bulan ini, manakala kadar liputan perkhidmatan itu telah mencapai 80.3 peratus pada Februari lepas.
Kontroversi UM: Mahasiswa tuntut penjelasan atau boikot kuliah
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan dan akan memboikot kuliah pengajian jika tiada reaksi dari pihak pentadbiran UM.
Lima anggota polis disyaki samun berdepan tindakan dalaman
Lima anggota polis antara tujuh individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes samun warga asing membabitkan wang tunai berjumlah RM260,000, berdepan tindakan dalaman antaranya pertukaran jabatan.
JKDM beli 20 anjing pengesan dadah libat kos RM1.9 juta
JKDM dalam proses perolehan 20 ekor anjing pengesan dadah serta tiga unit mesin pengimbas 'backscatter' dalam usaha perangi dadah.
Perlembagaan jamin hak Melayu tanpa jejaskan kaum lain - Pakar
Dakwaan Dr Mahathir kononnya usaha promosi 'Malaysian Malaysia' akan menghapuskan Tanah Melayu dan diganti dengan negara berbilang kaum tidak berasas dari sudut Perlembagaan Persekutuan.
Tiada usul putus hubungan dengan UMNO bukti akar umbi Pas masih yakin dengan MN - Nazri
Mohamed Nazri menyambut baik kenyataan yang dibuat oleh Takiyuddin mengenai tiada usul untuk memutuskan kerjasama dengan UMNO melalui MN.
Pas pilih UMNO atau Bersatu? Mesyuarat Muafakat Nasional petang ini ada jawapannya?
Mesyuarat itu amat penting selepas UMNO membuat keputusan tidak bersama Perikatan Nasional lagi selepas Parlimen dibubarkan.
Sanusi sifatkan pihak yang jadi ejen perpecahan, perbalahan adalah syaitan
Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor menyifatkan mana-mana individu atau pihak yang menjadi ejen kepada perbalahan dan perpecahan ummah adalah syaitan.
Muhyiddin zahir harapan gabungan parti Melayu terus kekal abadi
Tan Sri Muhyiddin Yassin menzahirkan harapan agar gabungan beberapa parti Melayu yang membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN) terus kekal abadi dan utuh sehingga Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Tiga jam bermesyuarat, MT UMNO bermalam di Janda Baik?
Pemerhatian Astro AWANI juga mendapati pintu utama bangunan ILMU turut diarah ditutup pada pukul 11.30 malam.
MT UMNO bermesyuarat di Janda Baik
Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO tiba di Institut Latihan Memperkasakan Ummah (ILMU) di Janda Baik, di sini untuk menghadiri mesyuarat MT malam ini.
Parti Melayu akan berpecah menjadi parti-parti minoriti - Tun Mahathir
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata parti-parti yang mewakili kaum Melayu kini sebenarnya sudah menjadi parti minoriti.
Jentera parti, bekerjalah seperti esok pilihan raya - Muhyiddin
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerjasama itu perlu dibentuk dan ditunjukkan hari ini tanpa mengambil kira bila pilihanraya umum akan diadakan.
Tun Mahathir umum akan tubuh parti Melayu baharu
Bekas Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan akan menubuhkan parti baharu yang berasaskan kepada perjuangan Melayu.