awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pakar cadang wujudkan Akta TVET bagi tingkat pelaksanaan NIMP 2030
Polis tahan tiga lelaki miliki pelbagai spesies kura-kura
Belia terperangkap dalam ‘survival mode’, kurang impak kepada ekonomi digital – Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gantung Perlembagaan tidak bantu pulihkan COVID-19 - Mohamad Hasan

Astro Awani
Astro Awani
17/01/2021
10:12 MYT
Gantung Perlembagaan tidak bantu pulihkan COVID-19 - Mohamad Hasan
Mohamad berkata Malaysia sememangnya sedang berdepan dengan sesuatu yang tidak pernah dialami sebelum ini. Gambar fail
KUALA LUMPUR:Menggantung Perlembagaan secara separa atau sepenuhnya tidak akan membantu memulihkan negara daripada pandemik COVID-19, kata Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.
Dalam satu kenyataan di Facebook, Mohamad berpendapat mengisytiharkan darurat kesihatan dan memperkenalkan ordinan khusus bagi tujuan tersebut merupakan langkah terbaik yang sepatutnya dilakukan oleh kerajaan.
"Keputusan kerajaan dalam mengisytiharkan darurat ini, kita akur, hanya setakat untuk memastikan pandemik ini terkawal.
"Alangkah baik jika kerajaan mengisytiharkan "the state of Health Emergency" dan memperkenalkan ordinan spesifik bagi tujuan tersebut," katanya.
Sumber Facebook TokMatHasanN9
Mohamad berkata Malaysia sememangnya sedang berdepan dengan sesuatu yang tidak pernah dialami sebelum ini.
Menurut beliau, ketika ancaman wabak itu semakin memburuk dan ekonomi menguncup, negara ini diletakkan dalam keadaan darurat dengan Perlembagaan dan Parlimen digantung fungsinya.
Katanya, hanya melalui penguatkuasaan strategi kesihatan yang betul kerajaan boleh mengawal pandemik COVID-19, misalnya dengan menyegerakan proses imunisasi dan melaksanakan perintah kawalan pergerakan (PKP).
"Menggantung Perlembagaan sama ada secara separa atau sepenuhnya tidak akan membantu memulihkan pandemik ini.
Proklamasi darurat | Gantung perlembagaan tidak bantu pulihkan COVID-19
"UMNO akan menyokong segala usaha kerajaan membasmi wabak ini. Pendirian itu tiada tawar-menawar.
"Tetapi UMNO juga akan berusaha sedaya upaya memulihkan semula demokrasi dan mengembalikan fungsi Perlembagaan," katanya lagi.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rantau itu berkata, demokrasi mesti dipertahankan dan tidak boleh dikalahkan sama ada oleh wabak atau apa saja cabaran yang dihadapi negara.
"Negara akan menjadi adil apabila Perlembagaannya diletakkan sebagai undang-undang tertinggi," katanya.
Topic Berkaitan
#Mohamad Hasan
#perintah darurat
#UMNO
#Perlembagaan
#Timbalan Presiden UMNO
#darurat
#gantung perlembagaan
#tidak akan pulihkan
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan