Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) belum berhasrat menyertai Barisan Nasional (BN) atau gabungan parti politik lain setakat ini, kata presidennya Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai.
"Setakat ini belum ada lagi," jawab Lau ringkas kepada pemberita, sebelum mempengerusikan mesyuarat tergempar parti Gerakan di ibu pejabat parti itu, di sini pada Isnin.
Gerakan pernah menjadi parti komponen BN, namun memutuskan untuk keluar daripada komponen tersebut pada Jun 2018, selepas BN kalah pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Mengenai mesyuarat tergempar parti yang dipengerusikannya hari ini itu, Lau berkata ia untuk membincangkan situasi politik tanah air dan langkah yang perlu diambil, untuk menghadapi perubahan landskap politik negara dan peranan yang perlu dimainkan parti itu.
"Jika ada perdana menteri baharu misalnya, bagaimana Gerakan sebagai parti politik boleh memainkan peranan di arena politik Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 24 2020
DOMINIC: Jika ada perdana menteri baharu misalnya, bagaimana Gerakan sebagai parti politik boleh memainkan peranan di arena politik Malaysia. - Facebook - Dominic Lau Hoe Chai
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
10 Berita Pilihan - (26 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan umum akan bertanding
Gerakan sebulat suara memutuskan untuk bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu yang bakal berlangsung pada 11 Mei depan.
PRN: PN Pulau Pinang umum manifesto dengan 33 tawaran
Perikatan Nasional (PN) Pulau Pinang melancarkan manifesto dengan lapan teras dan 33 tawaran untuk rakyat negeri itu.
PRN: Isu Dominic, Pas Pulau Pinang akan bincang dengan ahli
Pas Pulau Pinang akan mengadakan perbincangan dengan ahli parti itu berhubung isu pencalonan Presiden Gerakan Datuk Dominic Lau di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bayan Lepas.
PRN: PN beri jaminan batal projek tambak laut jika rampas Pulau Pinang
Projek Tambakan Laut Selatan Pulau Pinang (PSI) tidak akan diteruskan sekiranya Perikatan Nasional (PN) diberi mandat membentuk kerajaan negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN), 12 Ogos ini.
PRN: Pas mohon maaf insiden Dominic 'dihalau'
Pas memohon maaf dan merakamkan rasa kurang selesa berhubung insiden yang membabitkan Dominic yang didakwa 'dihalau' ketika Ceramah Mega PN.
PRN: Dihalau dari ceramah PN, Dominic tak kecil hati
Dominic Lau tidak berkecil hati terhadap insiden yang menimpa dirinya itu selepas dihalau daripada menghadiri ceramah mega Perikatan Nasional (PN) di Permatang Sungai Dua.
PRN: Dominic akui berlaku salah faham dalam PN Pulau Pinang
Dominic Lau Hoe Chai mengakui berlaku salah faham antara parti komponen Perikatan Nasional (PN) Pulau Pinang, namun akan diselesaikan secara baik dalam masa terdekat.
PRN: Ahmad Faizal akui wujud pertikaian terhadap pencalonan Dominic Lau di DUN Bayan Lepas
Ahmad Faizal berkata bagaimanapun beliau percaya perkara itu tidak memberi kesan negatif kepada PN.
PRN: Dominic bertanding di Bayan Lepas, Pas Pulau Pinang akui jentera kena sabotaj
Pas Pulau Pinang mengakui berlaku sabotaj dalam jentera parti selepas Presiden Gerakan, Datuk Dominic Lau, diletakkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bayan Lepas.