KUALA LUMPUR:Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) secara rasmi telah diterima meyertai anggota terbaharu Parti Perikatan Nasional (PN).

Perkara itu disahkan menurut Presiden Gerakan Datuk Dominic Lau Lau Hoe Chai pada Astro AWANI pada Khamis.

Lau berkata, sebagai sebuah parti yang bukan berasaskan perkauman, Gerakan akan terus konsisten dalam memainkan peranan memfokuskan prinsip demokrasi di negara ini.

"Parti Gerakan merupakan parti politik non-ethnic, ia ditubuhkan pada 1968 dengan prinsip demokrasi. Gerakan akan memainkan peranan dan memperjuangkan kesederhanaan, kami akan bersama-sama dengan parti komponen-komponen parti dalam PN memastikan kebajikan rakyat dan pembangunan sosiekonomi akan diutamakan," kata Lau.



[TERKINI] Parti Gerakan diterima sertai Perikatan Nasional

Cabaran yang terbesar buat masa ini ialah usaha kerajaan dalam memerangi COVID-19.

Justeru, kata Lau, parti Gerakan akan bersama-sama berjuang membantu Perikatan Nasional untuk membendung penularan pandemik ini. 

Lau turut menyentuh berhubung Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang dari dasarnya akan menyaksikan Gerakan sinonim dan berkongsi ideologi yang sama dengan Perikatan Nasional untuk menghadapinya kelak. 

Hasrat Gerakan untuk menyertai Perikatan Nasional bukan lagi rahsia sejak parti itu secara terbuka mendedahkannya pada 2020.