KUALA LUMPUR:Sejurus Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan beliau mempunyai sokongan majoriti lebih 120 ahli Parlimen pada satu sidang media 23 September lalu, ia dilihat telah mencetuskan bibit perpecahan dalam kalangan parti UMNO.
Menurut sumber kepada Astro AWANI, parti Melayu terbesar itu kini berpecah dua dengan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menjadi penentang kepada gerakan yang dipercayai digerakkan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Tambah sumber, gerakan diketuai Tengku Razaleigh yang dikenali sebagai Ku Li itu mendapat sokongan daripada beberapa pemimpin berpengaruh UMNO seperti Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hassan; Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin.
"Jika dicongak dan dilihat kepada jumlah sokongan, gerakan Ku Li ini mempunyai sokongan lebih besar dalam kalangan Ahli Parlimen UMNO. Sekurang-kurangnya 24 daripada 39 ahli Parlimen UMNO sokong beliau sebagai calon perdana menteri.
"Bila kita tengok semula kem Zahid-Najib ini, mereka hanya mempunyai 15 sokongan Ahli Parlimen. Kebanyakan mereka ini adalah mereka yang telah didakwa atas kesalahan jenayah atau sedang menunggu hukuman," katanya kepada Astro AWANI.
Krisis politik dalaman UMNO ini memuncak selepas Ku Li dilihat memasuki Istana Negara pada Selasa lalu selepas Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap Anwar.
BACA: Tengku Razaleigh gesa Dewan Rakyat bahas Usul Tidak Percaya
BACA: Usai sudah Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadap Yang di-Pertuan Agong pada Selasa, apa selepas ini? Baca semua artikel berhubung Anwar di sini
Pada masa sama, sumber memaklumkan bahawa gerakan Ku Li tersebut mempunyai sokongan yang jauh lebih besar daripada apa yang diperoleh Anwar.
"Selain lebih dari separuh ahli Parlimen UMNO, difahamkan terdapat juga sokongan sebahagian wakil dari PAS, DAP, Amanah, GPS, PKR dan Pejuang.
"Ikutkan, semua ahli Parlimen dari Pejuang ini menyokong Ku Li termasuk Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad," katanya.
Bagaimanapun, laporan portal berita The Vibes yang turut memetik sumber menyebut, tidak semua ahli Pas akan menyertai gerakan tersebut.
"Kebanyakan mereka yang terkait dengan skandal 1MDB kini tidak tersenarai," memetik laporan itu.
Astro AWANI sedang cuba mendapatkan penjelasan daripada beberapa pemimpin UMNO berkenaan maklumat tersebut.
Astro Awani
Thu Oct 15 2020

Jika dicongak dan dilihat kepada jumlah sokongan, gerakan Ku Li ini mempunyai sokongan lebih besar dalam kalangan ahli Parlimen UMNO, kata sumber Astro AWANI - Foto Astro AWANI

Jemaah Menteri setuju tubuh jawatankuasa tangani isu doktor kontrak
Jawatankuasa itu akan menggabungkan beberapa kementerian dan agensi, termasuk pembabitan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Astro Oasis penyiar utama World #QuranHour 1444H
Astro Oasis akan menjadi penyiar utama program World #QuranHour 1444H secara langsung di lokasi perdana iaitu UIAM pada 13 April ini.

Agong, Permaisuri berkenan serah Rumah Asnaf MAIWP di Labuan
Rumah Asnaf di Ganggarak Permai itu turut dilengkapi dengan masjid, taman permainan kanak-kanak dan dewan serba guna.

AWANI Ringkas: Ekonomi Malaysia tumbuh sederhana pada 4.3 peratus tahun ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

MCMC arah syarikat telco larang pautan URL dalam SMS, elak 'scam'
Arahan tersebut dikeluarkan bagi mengelakkan pengguna menjadi mangsa 'scam' atau penipuan dalam talian.

Tertinggi dalam sejarah, Malaysia raih komitmen pelaburan RM170 bil dari China
Ia adalah hasil daripada 19 memorandum persefahaman (MoU) yang dimeterai antara syarikat Malaysia dan China sebentar tadi.

CPTPP: Pengeksport Malaysia akan dapat manfaat daripada tarif keutamaan UK - Tengku Zafrul
UK akan memansuhkan duti import untuk pelbagai produk termasuk yang mempunyai kepentingan eksport kepada Malaysia.

Masyarakat perlu belajar berinteraksi dengan autistik
Suatu pendekatan perlu dilakukan agar masyarakat turut belajar bagaimana untuk berinteraksi dan memahami anak-anak autistik.

Bekas ADUN Bukit Kayu Hitam, Ahmad Zaini meninggal dunia
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kayu Hitam, Datuk Ahmad Zaini Japar meninggal dunia pada jam 5.42 pagi hari ini di Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Enam kru hilang selepas kapal diserang lanun di Teluk Guinea
Kejadian berlaku ketika kapal itu dalam pelayaran menuju ke Nigeria. Turut ditemukan beberapa anak kapal.

Gerakan Ku Li raih lebih majoriti, pinggir Anwar, 'UMNO' bermasalah?
Jika dicongak dan dilihat kepada jumlah sokongan, gerakan Ku Li ini mempunyai sokongan lebih besar dalam kalangan ahli Parlimen UMNO.