awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gerakan masih sokong penuh Muhyiddin terajui PN - Dominic

Bernama
Bernama
19/03/2022
09:14 MYT
Gerakan masih sokong penuh Muhyiddin terajui PN - Dominic
Dominic Lau berkata parti itu tidak berputus asa dan akan terus bersama PN bagi membela nasib rakyat dalam PRN atau PRU akan datang. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Parti Gerakan tetap menyokong penuh kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) meskipun gabungan parti itu tidak menang besar dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, baru-baru ini.
Presiden Gerakan Datuk Dr Dominic Lou Hoe Chai berkata parti itu tidak berputus asa dan akan terus bersama PN bagi membela nasib rakyat dalam PRN atau Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
"Walaupun tak menang besar untuk PRN Johor, (iaitu) hanya tiga kerusi, kita faham dan kita tak akan putus asa. Kita akan terus perjuangkan ideologi parti untuk menghadapi PRU15.
"Kekalahan ini bukan sebab kepimpinan seseorang sahaja. Gerakan masih bersama PN. Kami akan terus memberi sokongan sepenuhnya kepada Muhyiddin sebagai Pengerusi PN," katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Pusat parti itu, hari ini.
Dominic berkata demikian bagi mengulas kenyataan Muhyiddin pada 12 Mac lepas bahawa Ahli Parlimen Pagoh itu bertanggungjawab atas kekalahan gabungan itu dalam PRN Johor, dan sedia melepaskan jawatan sekiranya itu yang dimahukan oleh pimpinan parti gabungan itu.
PN hanya memenangi tiga kerusi daripada 56 dipertandingkan dalam PRN Johor lepas iaitu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kepong, Endau dan Maharani.
Sementara itu, Dominic berkata Gerakan akan memastikan senarai penyelaras dan calon yang akan bertanding dalam PRN dan PRU15 kelak, dikeluarkan lebih awal bagi memudahkan jentera parti digerakkan.
"Kita akui memang pada PRN Johor, ada kerusi yang kita bertanding (tapi) tiada persiapan dibuat untuk DUN yang kita bertanding.
"Oleh itu, mulai sekarang kita akan senaraikan semua kerusi yang (kita) bertanding dan penyelaras terlibat untuk persiapan PRU15 dan PRN akan datang. Jadi kita harap jentera kita akan buat persiapan awal," katanya.
Menurutnya, PRU15 boleh diadakan hanya apabila kes COVID-19 menurun dan dalam keadaan terkawal, bagi membolehkan peratusan keluar mengundi berada pada tahap memuaskan iaitu 70 hingga 80 peratus.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#parti gerakan
#Perikatan Nasional
#PN
#Muhyiddin Yassin
#PRN
#PRU15
#pilihan raya
#Dominic Lau Hoe Chai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan