awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Bomba terima 30 jentera FRT bernilai RM60 juta - Nga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gopeng hantar 2,000 sertai Himpunan Rakyat Bersatu

Astro Awani
Astro Awani
04/09/2015
13:03 MYT
Gopeng hantar 2,000 sertai Himpunan Rakyat Bersatu
Penyertaan itu adalah bagi menunjukkan sokongan padu rakyat kepada kerajaan dan tindak balas bagi insiden peserta Bersih 4 (gambar) yang memijak gambar pemimpin negara. -Gambar fail
UMNO Bahagian Gopeng akan menghantar 2,000 ahlinya untuk menyertai Himpunan Rakyat Bersatu di Bukit Bintang pada 16 September ini.
Ketuanya, Datuk Hamzah Kassim memberitahu bahawa penyertaan itu adalah bagi menunjukkan sokongan padu rakyat kepada kerajaan dan tindak balas bagi insiden peserta Bersih 4.0 yang memijak gambar pemimpin negara.
Menurut beliau, tindakan memijak gambar pemimpin negara tidak sewajarnya berlaku kerana ia boleh menganggu gugat perpaduan di antara kaum dalam negara.
Katanya lagi, kemarahan atau ketidakpuasan dengan kerajaan seharusnya disalurkan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang dan bukan dengan tindakan sedemikian.
Justeru itu, pihak berkuasa digesa mengambil tindakan keras kepada individu yang memijak gambar ketika perhimpunan itu berlangsung.
Beliau ditemui bersama beberapa wakil NGO selepas membuat laporan polis berhubung individu memijak gambar berkenaan pada Jumaat.
Topic Berkaitan
#Bahagian Gopeng
#Bersih
#Bukit Bintang
#Hamzah Kassim
#Himpunan Rakyat Bersatu
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan