awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
Hospital Doktor Tanpa Sempadan diserang di Sudan Selatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

GTA Perak bertanding 12 kerusi Parlimen, 21 DUN

Bernama
Bernama
04/11/2022
21:36 MYT
GTA Perak bertanding 12 kerusi Parlimen, 21 DUN
Di kerusi Parlimen Pasir Salak, GTA mempertaruhkan anak tempatan yang mempunyai kekuatan ilmu politik dan hubungan kemasyarakatan iaitu Zairol Hizam Zakaria.
IPOH: Gerakan Tanah Air (GTA) akan bertanding di 12 kerusi Parlimen dan 21 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perak pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Pengerusi GTA Perak Mohd Fauzi Zulkifli berkata calon yang ditampilkan merupakan anak tempatan berpengaruh dan mempunyai latar belakang pendidikan tinggi serta mempunyai keakraban dengan masyarakat setempat.
"Calon Parlimen dan DUN GTA berpotensi tinggi untuk memenangi PRU15. Saya percaya usaha GTA menawan Perak mampu dicapai melalui penampilan calon profesional termasuk tokoh agamawan, peguam, doktor, pendidikan termasuk anak muda," katanya dalam kenyataan di sini semalam.
Beliau berkata bagi kerusi Parlimen, GTA meletakkan Auzaie Fadzlan Shahidi yang merupakan anak muda setempat di Parlimen Larut manakala tokoh profesional Dr Yusmalia Mohamad Yusof pula bertanding di Parlimen Kuala Kangsar.
Menurutnya gabungan politik itu turut mencalonkan peguam Mior Nor Haidir yang juga Ketua Pejuang Negeri Perak di Parlimen Tapah, sementara Dr Faizol Fadzli di Parlimen Parit dan Parlimen Teluk Intan pula ditandingi Amir Khusyairi, seorang peguam yang mempunyai pengalaman bertanding sebelum ini.
"Di kerusi Parlimen Pasir Salak, kita mempertaruhkan seorang tokoh anak tempatan yang mempunyai kekuatan ilmu politik dan hubungan kemasyarakatan iaitu Zairol Hizam Zakaria," katanya.
Fauzi berkata kerusi DUN pula antaranya ditandingi calon termuda berusia 25 tahun iaitu Dr Mahfuz Abdullah di Changkat Jong yang berpengaruh dan mempunyai latar belakang dakan bidang perubatan selain berpotensi mengimbangi usaha mendapat Undi18.
Katanya seorang tokoh belia, Aswannudin Hariffudin selaku Setiausaha GTA Perak yang pernah menyandang jawatan Presiden Majlis Belia negeri dan kini aktif dalam Yayasan Anti Rasuah Malaysia negeri turut dicalonkan di DUN Teja.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#GTA Perak
#Calon PRU15
#Mohd Fauzi Zulkifli
#PRU15
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan