awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Daftar Pemilih Tambahan November 2025 dibuka untuk semakan - SPR
Wanita Palestin hadapi penderaan di penjara Israel - Pejabat media
Ringgit melonjak ke paras tertinggi sejak awal Mac 2021
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guan Eng nafi kerajaan negeri senarai hitam syarikat dikaitkan parti tertentu

Tan Su Lin
Tan Su Lin
24/10/2016
05:25 MYT
Guan Eng nafi kerajaan negeri senarai hitam syarikat dikaitkan parti tertentu
GUAN ENG: "Ini fitnah. Saya harap agar (menteri) kemukakan bukti jangan main hentam sahaja. Ini adalah satu dakwaan penyalahgunaan kuasa." - Gambar fail
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini menafikan dakwaan bahawa kerajaan negeri itu turut menyenaraihitamkan banyak syarikat yang dikaitkan dengan parti politik tertentu.
Ia sebagai menjawab kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Rahman Dahlan sebelum ini yang berkata kerajaan negeri Pulau Pinang dan Selangor juga berbuat demikian susulan cadangan Kerajaan Persekutuan menyenaraihitam syarikat yang didapati menaja Bersih yang didakwa menggugat keselamatan ekonomi negara.
"Ini fitnah. Saya harap agar (menteri) kemukakan bukti jangan main hentam sahaja. Ini adalah satu dakwaan penyalahgunaan kuasa. Kalau nak ambil sebarang tindakan mesti berdasarkan cara yang betul, bukan buat sesuka hati dan sewenang-wenangnya," katanya ketika ditemui pemberita di ruang lobi parlimen.
Dalam pada itu, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali turut menafikan dakwaan Rahman bahawa kerajaan negeri Selangor juga melakukan dasar diskriminasi yang sama.
"Tidak benar, kerajaan negeri Selangor sentiasa telus dalam pentadbiran. Jika benar dakwaan, sila kemukakan bukti," tegas Azmin ketika ditemui pemberita.
Abdul Rahman yang merupakan menteri bertanggungjawab terhadap Unit Perancang Ekonomi (EPU) semalam berkata EPU dan Unit Kerjasama Swasta (UKAS) tidak lagi akan menganugerahkan kontrak kerajaan kepada mana-mana syarikat yang mempunyai kaitan dengan Bersih.
Topic Berkaitan
#Bersih
#Ketua Menteri Pulau Pinang
#Lim Guan Eng
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan