KUALA LUMPUR:Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, hala tuju parti selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan dibincang dalam Biro Politik UMNO dan dibawa ke peringkat Majlis Tertinggi (MT) parti.

Beliau berkata, ini soal penting dan tidak sesuai untuk bercakap atau memutuskannya tanpa persetujuan bersama.

"Kita sedang melakukan post mortem menyeluruh (dan semua) pimpinan parti boleh beri pandangan," katanya dalam satu ciapan di akaun Twitternya di sini pada Khamis.

Terdahulu, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menggesa Ahmad Zahid menjelaskan pedoman dan hala tuju jelas kepada semua ahli berkaitan kerjasama parti itu dengan saingan politiknya.


Beliau berkata, konsensus politik yang tegas harus dihasilkan untuk meredakan keresahan, ketidakpuasan hati dan rasa marah ahli terhadap cara UMNO diperlakukan dalam PRN Sabah.

BACA: Zahid Hamidi perlu jelaskan hala tuju kerjasama UMNO dengan parti lain - Tok Mat

BACA: "Jernihkan keadaan, bukan keruhkan kedukaan" - Bung Moktar minta henti sandiwara politik