awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Henti perang politik, fokus perang COVID-19 demi rakyat' - Penganalisis politik

Fareez Azman
Fareez Azman
01/08/2021
11:08 MYT
'Henti perang politik, fokus perang COVID-19 demi rakyat' - Penganalisis politik
Hamidin berkata, ahli politik perlu mengadakan rundingan dalam mencapai gencatan politik dan fokus kepada usaha menyelesaikan masalah rakyat. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Krisis politik yang berlaku ketika ini tidak akan memberikan kelebihan kepada rakyat, sebaliknya hanya akan merencatkan lagi usaha menangani COVID-19.
Justeru, menurut Felo Penyelidik Ilham Centre, Profesor Madya Hamidin Abd Hamid, ahli politik perlu mengadakan rundingan untuk mencapai gencatan politik dan memberi lebih tumpuan kepada usaha menyelesaikan masalah rakyat.
"Kita berada dalam keadaan amat sukar (dalam) situasi politik kerana ketidakstabilan politik... bukan satu perkara baharu, tetapi sejak pemerintahan diambil alih Perikatan Nasional (PN) persoalan legitimasi kerajaan PN itu sentiasa dipersoalkan.
"Saya juga ingin menyeru ahli politik tanpa mengira parti kita seharusnya melihat apa perkara pokok di negara ini, ia bukan tentang politik. Tetapi ia tentang keselamatan rakyat, nyawa, ketenteraman dan kelangsungan hidup," katanya ketika ditemu bual Astro AWANI pada Ahad.
Tambah Hamidin lagi, meja rundingan perlu dibuka bagi memastikan isu utama dapat ditangani dengan segera.
"Ini seharusnya diguna pakai oleh setiap ahli politik, parti politik. Semua pihak sepatutnya duduk berbincang di meja perundingan untuk memastikan tiada peperangan (politik).
"Itu (tumpuan) seharusnya ditujukan kepada bagaimana hendak memerangi COVID-19. Itu saya kira paling utama sekali," katanya.
Tambahnya lagi, keengganan ahli politik bertindak secara matang menyelesaikan isu terbesar dihadapi negara hanya akan merugikan mereka menjelang pilihan raya umum akan datang.
"Dalam konteks ini, ahli parti politik seharusnya sedar, bahawa mereka boleh memenangi peperangan sesama mereka, tetapi akan kalah berdepan dengan 'stakeholder' paling besar apabila mereka menjadi kerajaan iaitu rakyat.
"Saya rasa rakyat memerhati, saya juga ingin menyeru supaya rakyat berterusan memberi tekanan kepada ahli politik bahawa kita sudah lesu, letih dan penat melihat tingkah laku mereka dan seharusnya mereka berikan tumpuan kepada persoalan pokok," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#pandemik
#Parlimen
#pilihan raya umum
#gencatan politik
#ahli politik
#Istana
#krisis politik
#rakyat memerhati
#PRU15
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan