awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hormati hak Nurul Izzah tanding Timbalan Presiden PKR - Rafizi

Bernama
Bernama
10/05/2025
15:49 MYT
Hormati hak Nurul Izzah tanding Timbalan Presiden PKR - Rafizi
Rafizi berkata apa yang dibimbangi beliau ialah ada pihak cuba menimbulkan polemik berkaitan perkara tersebut. - Bernama
KUALA LUMPUR: Hak untuk bertanding pada Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi sesi 2025-2028 adalah milik setiap ahli, kata Timbalan Presiden Datuk Seri Rafizi Ramli.
Beliau berkata ini termasuk persaingan bagi mengisi jawatan nombor dua parti yang menyaksikan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar menawarkan diri bertanding jawatan itu yang disandangnya ketika ini.
"Saya rasa Nurul Izzah ada cukup hujah kenapa dia perlu bertanding dan kita hormati itu. Masing-masing ada sumbangan kepada parti," katanya menerusi audio siar Yang Bakar Menteri (YBM) malam ini.
Menteri Ekonomi itu berkata apa yang dibimbangi beliau ialah ada pihak cuba menimbulkan polemik berkaitan perkara tersebut.
Proses pencalonan pemilihan parti itu, yang berakhir 11.59 malam tadi, menyaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dicabar bagi jawatan Presiden manakala jawatan Timbalan Presiden menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Nurul Izzah dan Rafizi.
Bagi jawatan Naib Presiden pula, 12 ahli telah mengemukakan pencalonan masing-masing termasuk empat penyandangnya iaitu Nik Nazmi Nik Mat (Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam), Chang Lih Kang (Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi), Datuk Seri Aminuddin Harun (Menteri Besar Negeri Sembilan) dan Datuk Seri Amirudin Shari (Menteri Besar Selangor).
Setiausaha Politik Menteri Kewangan Muhammad Kamil Abdul Munim pula adalah calon tunggal bagi jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) manakala jawatan Ketua Wanita PKR menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Fadhlina Sidek (Menteri Pendidikan) dan Rodziah Ismail (Ahli Parlimen Ampang).
Kongres Nasional PKR termasuk Kongres AMK dan Kongres Wanita dijadualkan berlangsung dari 22 hingga 24 Mei ini di Johor Bahru dengan 23 Mei ditetapkan sebagai hari pengundian.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Rafizi Ramli
#pemilihan PKR
#Nurul Izzah Anwar
#timbalan presiden
#politik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan