awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Juara Hoki Remaja MADANI berpeluang 'berguru' di Pakistan
Remaja lelaki 14 tahun maut jatuh lubang pembentung
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Husni yakin BN kekal di Tambun dengan majoriti lebih besar

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
28/04/2018
11:04 MYT
Husni yakin BN kekal di Tambun dengan majoriti lebih besar
Pada PRU13, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah menang dengan majoriti 9,325 undi. - BERNAMA/Fail
Bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah yakin Barisan Nasional (BN) akan terus kekal di Tambun dengan majoriti lebih besar.
Beliau yang dicalonkan semula untuk mempertahankan kerusi Parlimen Tambun berkata, banyak pembangunan yang telah dilakukan BN di kawasan itu, sejak dari dulu lagi.
"Malah, orang Tambun juga telah mengenali wakil rakyat BN yang telah memberi khidmat selama ini," katanya kepada pemberita selepas penamaan calon di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Jelapang, dekat sini, hari ini.
Pada penamaan calon itu, selain Ahmad Husni, dua calon BN di Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Kinta, Datuk Aminuddin Md Hanafiah dan DUN Manjoi, Mohamad Ziad Mohamed Zainal Abidin turut menyerahkan borang pencalonan masing-masing.
Pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu, Ahmad Husni menang dengan majoriti 9,325 undi manakala Aminuddin menang dengan majoriti 6,118 undi dan Mohamad Ziad menang dengan majoriti 132 undi.
Sementara itu, Pengerusi Pakatan Harapan Perak, Ahmad Faizal Azumu yang bertanding di Parlimen Tambun atas tiket PKR berkata, beliau yakin rakyat Malaysia, khususnya pengundi Tambun telah faham asas perjuangan mereka.
"Rakyat juga telah faham isu-isu yang kami bangkitkan di mana ia adalah perjuangan semua pihak, terutama rakyat," ujarnya.
Bagaimanapun, Ahmad Faizal terkejut kerana terdapat calon Bebas yang akan turut bertanding di DUN Hulu Kinta, S. Murugiah, 53 tahun.
Topic Berkaitan
#Ahmad Husni Hanadzlah
#Barisan Nasional
#calon
#Malaysia Memilih
#MalaysiaMemilih
#Pakatan Harapan
#Parlimen
#parlimen tambun
#penamaan calon
#pilihan raya
#PKR
#PRU14
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan