awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ribut Leonardo: Lelaki maut di Portugal, wanita dihanyutkan arus di Sepanyol
Wabak norovirus tangguh aksi pembukaan hoki ais wanita Finland
Lakaran kaki Michelangelo dijual RM90 Juta, lebih 10 kali anggaran asal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ikut manifesto, Guan Eng sudah boleh letak jawatan - PM Najib

Bernama
Bernama
10/03/2018
15:32 MYT
Ikut manifesto, Guan Eng sudah boleh letak jawatan - PM Najib
NAJIB: "Saya ucapkan selamat bersara kepada saudara Lim Guan Eng." - Gambar fail
Berdasarkan manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pakatan pembangkang yang mahu tempoh jawatan pemimpin dihadkan, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sepatutnya sudah boleh meletakkan jawatan.
"Saya ucapkan selamat bersara kepada saudara Lim Guan Eng," kata Perdana Menteri secara sinis dalam catatan di laman blognya, najibrazak.com.
Manifesto Pakatan Harapan yang diumumkan pada Khamis antara lain mengandungi cadangan mengehadkan jawatan perdana menteri, ketua menteri dan menteri besar kepada dua penggal sahaja.
"Kenapa sekarang baru nak cadangkan, kenapa bukan dahulu semasa ketua mereka jadi perdana menteri lima penggal setengah," kata Najib.
Najib, yang juga presiden UMNO dan pengerusi Barisan Nasional (BN), menyifatkan manifesto pakatan pembangkang itu penuh dengan janji manis umpama madu tetapi sebenarnya racun berbisa.
"Bukan itu sahaja, malah manifesto mereka juga hipokrit, layaklah digelar harapan palsu," kata perdana menteri. -- Bernama
Topic Berkaitan
#Lim Guan Eng
#Manifesto
#Najib Razak
#Najib Razak blog
#Pakatan Harapan
#PRU14
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan