awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ingkar terhadap Presiden satu kesalahan mandatori - Dewan Ulama PAS

Haider Yutim
Haider Yutim
21/02/2015
09:05 MYT
Ingkar terhadap Presiden satu kesalahan mandatori - Dewan Ulama PAS
Multaqa Ulama SeMalaysia kali ke-2 yang diadakan di Stadium MPSJ Serdang Jaya. - Foto AWANI/Haider
Dewan Ulama PAS hari ini bersetuju menjadikan pelanggaran terhadap sebarang arahan Majlis Syura dan keputusan Presiden parti, merupakan kesalahan mandatori dalam undang-undang PAS.
Sebanyak 14 perwakilan Ulama PAS dari seluruh negara sebentar tadi telah membahaskan usul yang dibentangkan Ketua Pemangku Dewan Ulama PAS, Datuk Ahmad Yaakob itu dan sebulat suara menyatakan persetujuan atas usul tersebut.
Selain itu, mereka juga bersetuju supaya tindakan disiplin dikenakan ke atas pemimpin dan ahli PAS yang terlibat dengan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa).
Seramai kira-kira 1,000 wakil Ulama PAS hadir pada program Multaqa Ulama SeMalaysia kali ke-2 yang diadakan di Stadium MPSJ Serdang Jaya pada Sabtu.
Ahmad ketika membentangkan usul tersebut, menjelaskan bahawa tujuan tindakan disiplin tersebut adalah untuk memastikan ‘anasir-anasir perosak’ itu tidak lagi mengambil kesempatan atas perjuangan PAS.
Dalam pada itu, beliau turut menekankan kewajiban untuk beristiqamah atau berpegang kepada dasar yang digariskan oleh PAS kerana parti itu mendokong hukum yang tertinggi iaitu Al-Quran dan Sunnah.
“Istiqamah dalam perjuangan ini memberi makna yang jelas bahawa sebarang tindakan kita, sama ada dalam aspek politik, dakwah, tarbiyah; semuanya mestilah dalam panduan hukum yang tertinggi ini,” tambahnya.
Topic Berkaitan
#Ahmad Yaakob
#Dewan Ulama PAS
#kesalahan mandatori
#Majlis Syura
#PasMa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan