Isu AMK: Mizan dan Ramly disingkir kerana lebih umur - Akmal

Ketua Pemuda AMK, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, ia sejajar perlembagaan parti yang menetapkan anggota sayap itu yang berumur di bawah 35 tahun.

Pengerusi Tetap AMK, Mizan Adli Mohd Nor dan timbalannya, Mohd Ramly Ahmad yang disingkirkan dari jawatan masing-masing adalah kerana usia melebihi 35 tahun. | Astro Awani
Pengerusi Tetap AMK, Mizan Adli Mohd Nor dan timbalannya, Mohd Ramly Ahmad yang disingkirkan dari jawatan masing-masing adalah kerana usia melebihi 35 tahun.

Ketua Pemuda AMK, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, ia sejajar perlembagaan parti yang menetapkan anggota sayap itu yang berumur di bawah 35 tahun.

"Jika anda melihat perlembagaan parti, ia ada disebut. Jadi, apa yang kita lakukan sebenarnya adalah untuk menegakkan peraturan yang ditetapkan oleh parti.

“AMK bawah 35 tahun, maka pemegang jawatan mesti AMK, beri AMK peluang untuk urus mesyuarat sendiri,” katanya semasa ditemui di lobi Parlimen di sini, pada Khamis.

Muhamad Mizan dan Mohd Ramly sebelum ini dimaklumkan mengenai penamatan perkhidmatan mereka dalam surat bertarikh 27 November dan ditandatangani oleh Setiausaha Pemuda Kebangsaan, Ahmad Syukri Che Ab Razak.

Akmal bagaimanapun tidak mengatakan mengapa mereka dibenarkan bertanding semasa pemilihan jika sudah melepasi had umur.

Mizan dan Ramly sebelum ini masing-masing mendapat 400 dan 397 undi, tetapi hanya ada 270 perwakilan yang hadir, kata surat itu.

Bagaimanapun, kedua-duanya berkata mereka akan merujuk perkara tersebut kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (Ros).